Penulis: Mohamad Asyraf bin Ishak
Penyunting: Ahmad Naufal bin Azmi Mustafa
Sumber foto: Amin Yusof
GEORGETOWN, 19 Dis – Acara tahunan larian ‘Penang Bridge International Marathon 2023 (PBIM)’ yang berlangsung pada 17 Disember (Ahad) mendapat sambutan yang hangat disertai dengan 20 ribu peserta dari seluruh negara.
PBIM 2023 merupakan acara larian mempertandingkan 3 kategori larian iaitu 42 km (full marathon), 21 km (half marathon), dan 10 km (junior) yang bermula seawal 1.30 pagi dan berakhir pada jam 8.30 pagi.
Menurut peserta larian Amin Yusof, 28, berkata perasaan dan reaksi buat saya yang pertama kali menyertai acara untuk jumlah jarak yang panjang ini sangat seronok dan mencabar disebabkan terlalu ramai sepanjang acara berlangsung.
“Saya telah melakukan persediaan awal sebelum menyertai acara ini iaitu melakukan latihan sendiri tanpa mendapatkan panduan daripada jurulatih yang mahir seperti dalam seminggu dalam 2-3 kali saya berlari sepanjang jarak 5 km ke 8 km tapi pace yang agak tinggi.
“Walau bagaimanapun larian saya tidak terjejas walaupun hujan lebat turun selama 1 jam dari pukul 11.00 hingga 12.00 malam kerana tiada angin laut yang terlalu kuat sepanjang acara berlangsung dari jam 3.00 pagi hingga 6.00,” ujarnya Amin Yusof.
Menurut Eu Yi Wen, 24, berkata saya mendapatkan rehat dan jam tidur yang cukup untuk mengekalkan stamina saya sepanjang larian supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingin.
“Tambahan pula, antara perkara yang memberi semangat kepada saya ialah saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sama kumpulan dengan saya dimana ianya jarang berlaku sepanjang saya menyertai program larian sebelum ini.
“Selain hadiah yang ditawarkan apa yang saya dapat melalui marathon ini adalah “networking” yang berguna kepada saya bukan sahaja untuk program larian bahkan kepada kehidupan seharian,” katanya.
Bagi peserta anak jati Pulau Pinang, Akmal Rofe, 23, berkata saya sangat teruja untuk terlibat dalam acara ini tetapi dalam masa yang sama saya agak gementar kerana takut tidak dapat menghabiskan dengan masa yang ditetapkan.
“Malah saya juga takut usaha selama ini di sia-siakan jika cedera di pertengahan jalan kerana saya sudah lama menunggu untuk menyertai acara ini tapi Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan tanpa sebarang halangan,” ujarnya Akmal Rofe.
Aiman Aziz, 26, berkata langkah saya hampir terhenti di awal larian disebabkan saya mengalami kekejangan otot di bahagian kaki kerana berlari pada waktu malam yang sejuk tetapi rakan peserta lain memberikan ubat serta motivasi untuk meneruskan larian.
“Perkara yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang acara ini berlangsung adalah berjumpa dengan peserta-peserta yang sentiasa memberi semangat untuk menghabiskan larian.
“Saya serik untuk menyertai acara seperti ini lagi tetapi apabila sampai di garisan penamat segala penat lelah hilang dan saya rasa sangat berpuas hati dan ingin menyertai lagi acara ini untuk tahun hadapan,” menurutnya.
good writing !