Oleh : Nurul Huda Nasuha
Penyunting : Nur ‘ Ain Syafiqah
KUALA LUMPUR, Ahad – Seramai 200 orang sukarelawan UKM berjaya membantu menjayakan larian jarak jauh terbesar di Malaysia, Kuala Lumpur Standard Chatered Marathon (KLSCM) 2019 yang berlangsung di Dataran Merdeka pada 29 September lalu.
Hampir 3000 orang sukarelawan diperlukan untuk membantu menjayakan acara tersebut dan rata-rata sukerelawan teridiri dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) antaranya ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Management and Science University (MSU) dan sebagainya.
Aisya, 21, merupakan salah seorang mahasiswi UKM yang menjadi sukarelawan dan telah ditempatkan di ‘Water Station’.
“Saya tidak mempunyai pengalaman yang banyak dalam aktiviti sukarelawan namun sukan dapat menyatukan semua kerana ia merupakan satu langkah untuk menghubungkan dunia dari pelbagai sudut seperti kepelbagaian budaya, sosioekonomi, bangsa dan agama,” katanya semalam.
Menurutnya lagi, setiap kali peserta tiba di ‘Water Station’ Aisya akan mengucapkan selamat pagi kepada peserta dengan harapan ingin memperkasakan Bahasa Melayu.
“Pengalaman yang berharga bagi saya adalah dapat menguruskan peserta larian dari pelbagai latar belakang disamping dapat menambah kenalan sedia ada,” kata Asyikin, 21 sukarelawan yang juga merupakan seorang kadet PALAPES.
Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq juga turun padang untuk menyertai acara larian jarak jauh edisi ke-11 di Malaysia. Beliau mengambil bahagian dalam kategori ‘half marathon’ dan memuat naik kicauan di laman akaun Twitternya, “Alhamdulillah. 21km in 2.42hours. No fever can take me down”.
Jelas sekali, penglibatan anak muda amat penting demi menyambung legasi kepimpinan yang sihat dan bijak kelak..
Comments