top of page
  • Writer's pictureIzzah Atirah

25 Orang Peserta Sertai Program MyFaci

Penulis: Nur Izzah ‘Atirah Abdul Rahim

Penyunting: Ainul Salsabila Aidi


Sumber: MyFaci


HULU LANGAT, 29 Mei - Seramai 25 orang peserta ahli Rakan Siswa Yadim (RSY) telah menyertai program Malaysian Youth Facilitator Academy Rakan Siswa Yadim (MyFaci) siri kedua secara bersemuka di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat.


RSY yang merupakan persatuan mahasiswa dibawah kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah memperkenalkan program MyFaci melalui Exco Latihan dan Perkaderan di peringkat kebangsaan.

Pengarah Program MyFaci, Amirul Syaddad Bin Daud, 21, juga merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, berkata tujuan program diadakan adalah untuk melahirkan fasilitator dan tenaga pengajar dari kalangan ahli RSY khususnya.


Beliau berkata, seramai 25 orang peserta telah terlibat menyertai sepanjang siri program MyFaci yang dijalankan bagi melahirkan wajah-wajah baharu yang akan mewarnai legasi RSY pada masa akan datang.


“Program ini memudahkan proses kami untuk mengambil ahli RSY bagi menjadikan mereka seorang jurulatih yang kreatif kerana ia diperlukan dalam penglibatan RSY yang banyak mengadakan pelbagai jenis program di seluruh peringkat negeri, universiti, politeknik dan sebagainya.


“Antara aktiviti yang dijalankan adalah teknik-teknik dalam membuat sesuatu penyampaian kreatif, penjenamaan peribadi, pengurusan dan kefahaman dalam penyeliaan sebuah program yang hendak dijalankan serta kemahiran pengendalian ‘Energizer’ untuk melancarkan program RSY pada masa akan datang,” katanya.


Ahli RSY, Nurin Hayani Binti Khodil, 21, pelajar jurusan Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang, berkata penglibatan beliau dalam program ini telah mengajar beliau menjadi fasilitator yang profesional dan menambah baik dari segi pengayaan dalam berkomunikasi.


“Penyertaan saya dalam program ini selama tiga hari buat pertama kalinya telah membuka satu peluang yang luas untuk saya belajar ilmu mengenai modul dan menjadi seorang fasilitator yang lebih berkeyakinan,” katanya.


Ahli RSY, Nursyamimi Binti Zulka’e, 22, pelajar Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di Universiti Sains Islam Malaysia, mengatakan terdapat banyak faedah yang diperolehi daripada menyertai program ini terutamanya kepada perubahan diri beliau.


“Pada awalnya saya belum bersedia untuk menyertai program MyFaci tetapi ini adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai pemegang jawatan Exco Latihan dan Perkaderan.


“Walau bagaimanapun, selepas menjalani program dan mendengar pengkongsian pengajaran yang diberikan telah mengubah bagaimana cara saya melihat diri dan ini adalah satu keistimewaan besar yang diperolehi daripada program MyFaci,” katanya


Ahli RSY, Nur Hazwani Binti Muhammad Hambali, 24, merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Sultan Azlan Shah, berasa seronok diberikan peluang untuk menyertai program ini.


“Perasaan yang tidak dapat diungkap apabila diberi peluang untuk menyertai program seperti ini kerana ia telah memberi keyakinan kepada saya untuk bercakap di hadapan orang ramai sehingga saya mampu untuk memberikan syarahan saya sendiri,” katanya.


28 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page