top of page
  • Writer's pictureHana Norazmi

30 Pengusaha Tempatan Turun Padang Di Festival Lebuh Kopi Kajang

Penulis :Nurnadiah Farhana Norazmi

Penyunting : Aliff Fikri

Sumber :Seir Rashid


KAJANG, 26 Jun - 30 Pengusaha kopi dan pastri tempatan turun padang di Festival Lebuh Kopi Kajang semperna sambutan 25 Tahun Jubli Perak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) yang dikolaborasi bersama Tempatan Fest untuk mengetengahkan produk kopi tempatan di Jalan Sulaiman, Kajang pada hujung minggu yang lalu.


Menurut Pengurus Projek Tempatan Fest, Seir Rashid “ Pihak MPKJ menghubungi kami untuk berkolaborasi, festival tersebut dilaksanakan selama 2 hari pada 25 dan 26 Jun yang lalu. Ia mendapat sambutan hangat warga Kajang namun ramai juga pengunjung dari kawasan lain seperti Bangi dan Semenyih.


“Saya berharap Tempatan Fest akan dapat melaksanakan lagi festival banyak di Kajang atau sekitar Selangor dengan kolaborasi bersama bahagian pelancong Bangi untuk menaikkan keunikkan Kajang dan tempat lain yang menarik di sekitarnya ”katanya.


Festival Lebuh Kopi Kajang membawakan hampir 30 pengusaha kopi dan pastri yang terdiri dari anak muda sekitar kawasan Kajang seperti Eatime, Rumah Kopi Purnama, Deli Sassy, Kopi Dua Darjat, Kaw-Pi HQ (Kopi Tentang Dia) dan pelbagai lagi pengusaha kopi.


Pengusaha NōMAD.kopiメpuding, Fazlan Mutalib, 31, berkata beliau mengetahui mengenai festival Lebuh Kopi Kajang melalui posting di Instagram Tempatan Fest. Menurutnya sambutan amat menggalakkan apabila mendapat sokongan penuh dari warga sekitar Kajang dan Bangi.


“Kami sangat berbesar hati jika dapat menyertai festival seperti ini lagi kerana kami akan lebih dekat dengan penggemar kopi, malah boleh mendapatkan feedback secara terus menerus dengan pelanggan”.


Beliau juga berharapan seluruh warga tempatan mengambil tahu mengenai kewujudan produk tempatan, hal ini kerana kafe kopi tempatan pasti akan menjanjikan suasana yang sangat selesa beserta menu kopi setaraf dengan kafe kopi antarabangsa.


Manakala bagi pengasas Copei.coffee, Hasnolridhuan Sharudin, 35, pula festival tersebut diketahui sendiri daripada pihak penganjur, beliau juga mendapat sambutan yang menggalakan daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa.


Menurut Puan Fifi Taib salah seorang pengunjung festival tersebut “Saya mengetahui mengenai festival anjuran Majlis Perbandaran Kajang tersebut melalui media sosial, pengusaha kopi dan pastri tersebut sememangnya terbaik. Sekiranya terdapat festival seperti ini lagi saya pasti akan datang, harapan saya semoga festival seperti ini akan selalu diadakan lebih menyeronokkan jika ia berkala” katanya.


Selain itu terdapat festival Kanvas Belia MPKJ yang menampilkan acara seperti pertandingan BMX (Flatland), Pameran Custom Bike (Eastern Bobber) dan pelbagai lagi festival menarik. Turut hadir Isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad semasa pelancaran festival tersebut.

32 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page