top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

5 Fakta Tentang Euro 2020 Yang Anda Perlu Tahu

Oleh: Rahimi Rahim

Penyunting: Azmi Nordin


Sumber: Google


Kejohanan UEFA Euro kali ini sedikit berbeza berbanding edisi-edisi yang lepas. UEFA telah menetapkan beberapa negara di Eropah bagi dijadikan sebagai tempat kejohanan tersebut dimainkan. Antaranya adalah Hungary, Sepanyol, Belanda dan beberapa buah negara lagi termasuk England sebagai tuan rumah bagi perlawanan akhir yang dijadualkan pada 12 Julai 2021 di Stadium Wembley, London.


Kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa iaitu UEFA Euro kini telah masuk edisi ke -16 bagi sesi 2020. Meskipun kejohanan tersebut sebelum ini ditangguhkan disebabkan berlarutan kes Covid-19 yang melanda global sehingga kini akan tetapi suasana hangat masih dirasai bagi peminat bola sepak Eropah yang ingin menonton pasukan kegemaran mereka merebut trofi Euro pada tahun ini. Terdapat beberapa fakta menarik yang ingin dikongsikan Nadi Bangi bagi edisi Euro kali ini.


12 Stadium, 12 Bandar di Eropah

Konsep ini diketengahkan sendiri oleh badan organisasi bola sepak Eropah tersebut (UEFA) bagi memberi peluang kepada semua peminat di seluruh eropah untuk menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi. Di samping itu, konsep ini juga digunakan untuk kali ini sahaja bagi meraikan ulang tahun kejohanan tersebut buat kali ke 60 tahun. Antara Stadium yang dijadikan sebagai tempat kejohanan edisi kali ini adalah Stadium La Cartuja (Seville, Sepanyol)l, Johan Cruyff Arena (Amsterdam, Belanda), Stadium Wembley, London di England, Allianz Arena ,(Munich, Jerman) dan beberapa lagi buah stadium di sekitar Eropah. Ia juga secara tidak langsung dapat mengelakkan para penyokong berpusu-pusu ke satu negara bagi menghadiri sebuah kejohanan besar seperti ini dan ia sebuah langkah yang bijak dilakukan oleh pihak UEFA.


Debut Euro: Finland dan Makedonia Utara

Selepas beberapa edisi kelayakan Euro akhirnya kedua-dua pasukan ini iaitu Finland dan Makedonia Utara berjaya menyertai kejohanan Euro 2020 tahun ini. Meskipun mereka tidak berjaya mara ke pusingan kalah mati akan tetapi semangat yang ditunjukkan semasa kelayakan dan peringkat kumpulan baru-baru ini memperlihatkan mereka layak untuk bermain dengan pasukan-pasukan yang berada di kelompok teratas ranking FIFA seperti Belgium dan Belanda. Finland yang hampir mara ke peringkat kalah mati kini berada di ranking 55 dunia manakala Makedonia Utara tidak jauh dibelakang mereka iaitu 65 di dalam carta kedudukan bola sepak FIFA.


Rekod baru buat CR7

Cristiano Ronaldo memastikan satu lagi rekod menjadi miliknya selepas meledak gol ketika bertemu Jerman pada saingan Euro 2020. Walaupun pasukan Portugal tumpas di tangan Belgium dalam aksi pusingan kalah mati pada pagi Ahad lalu, akan tetapi beliau kekal sebagai penjaring terbanyak bagi edisi kali ini dengan jumlah 5 gol. Rekod baru yang dipecahkan olehnya adalah menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol bagi 4 edisi Euro berturut-turut sejak debutnya dalam kejohanan antarabangsa iaitu pada tahun 2003. Beliau juga telah memecah rekod dengan menjadi penjaring terbanyak bagi kejohanan Euro iaitu sebanyak 14 gol sepanjang edisi yang disertainya sejak tahun 2004. Dengan keadaan fizikal yang masih utuh dan sasa pada tingkat umur 36 tahun, beliau masih berdaya mengadaptasi dengan corak permainan para pemain muda yang kini sedang meningkat naik.


Gol Sendiri Paling Banyak

Entah apa yang terjadi dalam edisi kali ini yang membuatkan jumlah jaringan sendiri direkodkan sebanyak 9 gol sehingga kini. Ia merupakan rekod jaringan sendiri yang paling tinggi jika dibandingkan dengan edisi-edisi yang lepas ataupun mana-mana kejohanan dunia. Hal ini memeningkan kepala para peminat bola sepak seluruh dunia dengan jumlah gol sendiri yang dijaringkan oleh pasukan kegemaran mereka. Dalam tempoh peringkat kumpulan yang lepas, Portugal merupakan salah satu pasukan yang menjaringkan gol sendiri semasa menentang pasukan Jerman dengan meledak 2 gol sendiri hasil jaringan Ruben Dias dan Raphaël Guerreiro.


VAR digunakan secara rasmi di Euro

Video Assistant Referee(VAR) secara rasminya digunakan dalam setiap perlawanan Euro edisi kali ini. VAR akan digunakan bagi melihat setiap keputusan gol andainya ada kemungkinan berlaku foul ataupun offside daripada kedudukan pemain yang menjaringkan gol. Hal ini menunjukkan UEFA mahukan kejohanan kalini diadili dengan lebih adil dan tidak berlaku ketidakpuasan hati daripada sisi para pemain dan juga penontong berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh pengadil di atas padang.


Euro 2020 kini telah memasuki pusingan Suku Akhir, buat penyokong finalis Euro 2016 yang lalu Perancis dan Portugal jangan bersedih tahun hadapan Piala Dunia menjadi taruhan. Jangan lupa untuk menyokong pasukan kegemaran masing-masing.

119 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page