top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

80% Potongan Harga di Campus Mania

Oleh: Norasikin Ariffin

Penyunting: Lovina Nova Sukra a/p Lorganaden


BANGI, 13 Okt - Potongan harga sebanyak 80% oleh barangan berjenama seperti Elianto telah menyebabkan Program Campus Mania dibanjiri dengan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun ini, Campus Mania menyambut ulang tahun yang ke-5. Acara tersebut bertempat di Aras 5, PUSANIKA dan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 7 hingga 9 Oktober 2019.


Seawal jam 10 pagi gerai jualan yang dibuka sudah diserbu oleh pelajar di sini. Antara gerai jualan yang dibuka adalah jualan kosmetik berjenama Eliantio dan Beautyra.

Rata-rata pelajar datang untuk mendapatkan barangan yang dijual dengan harga yang murah berbanding harga asal.


Menurut Nurul Ain, 22, beliau sangat teruja apabila mendapati potongan harga yang sangat banyak dan ini adalah peluang beliau mendapatkan barangan kosmetik berjenama mengikut kemampuan beliau.


Selain itu, Adam, 23, beliau hadir ke gerai jualan di sini kerana ingin mendapatkan wangian lelaki berjenama o&o yang dijual dengan harga yang sangat murah.


“Sambutan di UKM sangat menggalakkan daripada pelajar- pelajar serta maklum balas mereka dari tahun pertama sangat positif dan ini membuatkan pihak kami menganjurkan program ini setiap tahun sehingga kini tahun yang ke 5”, kata Shaqira, 29 , penganjur dari FP Avante.Sdn Bhd.


Tambah beliau lagi, pada tahun ini, dilihat bahawa jenama-jenama produk penjagaan diri agak kurang terlibat berbanding tahun lepas ekoran masalah jadual yang padat.

Walau bagaimanapun, pihak penganjur akan cuba membawa lebih banyak lagi jenama yang dekat dengan pelajar pada tahun akan datang.


Acara kemuncak Campus Mania adalah pada 9 Okt dimana selebriti Ismail Izzani akan membuat persembahan secara langsung dan Beauty Talk oleh usahawan kosmetik terkenal Tyra Kamaruzaman jam 12 tengahari hingga 2 petang bertempat di PUSANIKA.

34 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page