top of page
  • Writer's pictureYasmin Alyaa Fathinah

800,000 Pengunjung Menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 Setelah 7 Hari Berlangsung

Penulis: Yasmin Alyaa Fathinah Jafpar

Penyunting: Zurain Syahira Jupri
















Sumber: PBAKL


KUALA LUMPUR, 7 Jun - Seramai 800,00 pengunjung telah menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 in(PBAKL) secar


a fizikal setelah 7 hari berlangsung sejak dua tahun ia dijalankan secara dalam talian akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.


Menurut Pengerusi Pengelola Jawatankuasa PBAKL 2022, Tuan Mohd Khair Ngadiron berkata anggaran pengunjung pada tahun ini adalah rendah berbanding pada tahun sebelumnya.


“Di dalam rekod anjuran PBAKL selama 38 tahun yang lepas, jumlah pengunjung tertinggi yang dicapai adalah sebanyak 2.4 juta manakala jumlah pengunjung terendah adalah sebanyak 1.5 juta. Namun, sasaran pengunjung pada tahun ini antara 700,000 hingga sejuta pengunjung kerana kita masih lagi berada di dalam fasa endemik dan tidak pasti dengan sambutan yang bakal diterima. Namun, kehadiran pengunjung seramai 800,000 hanya dalam 7 hari berlangsung ini sangat memberansangkan,” ujarnya.


Walaupun sebelum ini PBAKL diadakan secara maya pada tahun 2020 dan 2021, namun pengunjung lebih tertarik dan merasakan pesta yang dijalankan secara fizikal pada tahun ini jauh lebih menarik dan menyeronokkan.


Menurut Muhammad Yusry Haiqal Bin Yusof, pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata dia lebih gemar untuk hadiri pesta ini secara fizikal kerana dapat berjumpa bersemuka bersama penulis-penulis yang terkenal.


“Saya lebih tertarik untuk menghadiri pesta buku secara fizikal kerana dapat berinteraksi atau mengambil gambar bersama para penulis, pengkarya, sasterawan dan penggiat yang diigini serta meninjau suatu buku itu sebelum membeli.


“Pada pandangan saya, beli buku dalam talian memang menjimatkan masa dan mudah tetapi anda tidak boleh benar-benar merasakan buku itu sebelum membelinya. Tetapi jika beli di kedai buku, pembeli dapat membaca bab pertama, menilai kualiti serta berat buku dan menghayati ceritanya,” katanya.


Begitu juga bagi Zulaikha, 20, pelajar UKM yang turut menyatakan hadir secara fizikal di pesta lebih disukai kerana dapat membelek buku dan harga yang berpatutan.


“Saya lebih suka hadir ke pesta buku secara fizikal daripada atas talian kerana kita boleh rasa, tengok dan membelek buku-buku yang ada sebelum membeli. Pada masa yang sama, buku-buku yang dijual ketika pesta buku ini jauh lebih berpatutan jika hendak dibandingkan pembelian di atas talian,” ujarnya.


“Pesta buku ini memang sangat seronok kalau kita dapat hadir secara fizikal, dua tahun tanpa pesta buku saya pun kurang membeli dan hanya membaca melalui eBook.


“Dengan adanya penganjuran semula Pesta Buku Antarabangsa ini, saya amat teruja untuk kembali ke hobi lama membaca buku dan apa yang lagi seronok ialah saya dapat berjumpa dengan penulis buku terkenal,” kata Wan Farzana, 21, Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).


Kemeriahan PBAKL 2022 ini membuktikan masyarakat masih lagi mempunyai minat dalam membaca dan hobi ini kekal relevan walaupun teknologi semakin maju. Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 ini merupakan inisiatif baik dalam mengetengahkan minat membaca dalam kalangan masyarakat.


37 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page