top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

90 Pasukan Sertai Cabaran Debat Za’ba

Updated: Mar 11, 2020

Oleh: Amira Zulaikha Binti Saidon Penyunting: Liu Jiun Er


Sumber: Media dari Cabaran Debat Za’ba



BANGI, 7 Mac - Sejumlah 90 pasukan yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia telah menyahut Cabaran Debat Za’ba anjuran Majlis Eksekutif Pelajar Akademik dan ICT, Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 28 Februari hingga 1 Mac 2020.


Cabaran Debat Za’ba yang memasuki tahun ke-5 ini bertema ‘Memacu Pelajar Berkarisma Profesional’ dan merupakan sebuah pertandingan yang dijalankan untuk mencungkil bakat perdebatan di kalangan pelajar sekolah menengah.


Timbalan Ketua Pengarah untuk Cabaran Debat Za’ba 2020, Nurul Farzana (Sarjanamuda Undang-undang, 2) menyatakan bahawa objektif utama mereka adalah untuk menyediakan generasi berkemahiran tinggi yang mempunyai soft skill dalam bidang komunikasi.


“Sebelum ini, program ini hanya memberi peluang kepada pelajar sekolah berasrama penuh seperti SBP dan MRSM sahaja tapi tahun ini terdapat sedikit kelainan iaitu kami buka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.”


Menurut Farzana lagi, tahun ini mereka menerima seramai 90 pasukan yang terdiri daripada 35 pasukan Bahasa Melayu (Utama), 19 pasukan Bahasa Melayu (Muda) dan 36 pasukan Bahasa Inggeris.


Cabaran Debat Za’ba dapat berjalan dengan lancar adalah hasil daripada sumbangan penaja terutamanya penaja utama, Den Wahab Industries Sdn Bhd yang memberikan anggaran sebanyak RM15 000.


Pusingan terakhir untuk Cabaran Debat Za’ba bagi kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (Utama) dijalankan di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1 Mac sebagai acara kemuncak.


Kategori Bahasa Inggeris dijuarai oleh Kolej Tunku Kurshiah, Kategori Bahasa Melayu (Utama) oleh SMAP Kajang dan Kategori Bahasa Melayu (Muda) oleh Sekolah Sultan Alam Shah.


Cabaran Debat Za’ba telah dirasmikan oleh En. Mohd Khair bin Ngadiron, Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai Cabaran Debat Zaba di akaun Instagram mereka @cdzukm.

84 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page