Nadi Bangi
A Pet’s Journal Memerlukan Bantuan Daripada Kalangan Netizen
Updated: Jul 11, 2021
Oleh: Sharon Tang Kah Yee
Penyunting: Low Jie Jane

Sumber: A Pet's Journal Instagram
KUALA LUMPUR, 3 Julai- Sebuah organisasi perlindungan haiwan liar iaitu A Pet’s Journal memerlukan bantuan kewangan daripada netizen dalam membayar hutang sewa dan juga perubatan bagi haiwan peliharaan.
A Pet’s Journal merupakan satu organisasi swasta yang ditubuhkan bagi memberi dan memelihara haiwan peliharaan iaitu anjing yang berkeperluan khas. A Pet’s Journal ini bermulanya dimana pada tahun 2013 mereka menyelamatkan seekor mangsa haiwan peliharaan dari kemalangan dan membawanya ke doktor haiwan. Ia juga dianggap satu organisasi perlindungan haiwan peliharaan yang istimewa kerana mereka bukan sahaja membekal perlindungan tetapi juga menjual makanan buatan sendiri seperti kuih dan biskut bagi tujuan untuk menjadi tempat perlindungan yang dibiayai sendiri.
Dengan hutang terkini sebanyak RM10,000 bagi sewa tempat perlindungan dan RM14,000 bagi hutang perubatan telah menjadi satu pertempuran yang besar bagi organisasi tersebut. Perkara ini turut wujud diakibatkan oleh pandemik Covid-19 yang semakin serius sekarang. Organisasi tersebut sedang berada dalam satu keadaan yang sangat desak dalam mendapatkan bantuan bukan untuk diri mereka tetapi adalah untuk kepada 118 anjing liar yang berkeperluan khas. Anjing-anjing tersebut terdiri daripada golongan buta, cacat, lumpuh dan sebagainya. Organisasi juga mengatakan bahawa mereka kini mengalami kesulitan membayar sewa tempat tinggal bulanan kerana kekurangan bantuan kewangan.

Sumber: A Pet's Journal Instagram
Organisasi menggunakan platform tersendiri seperti Instagram dalam menyebarkan keadaan mereka dari masa ke semasa dan bagi mendapatkan dana untuk membayar segala hutang, mereka menjual pelbagai biskut dan makanan haiwan peliharaan di laman web mereka. Makanan yang dijadikan tumpuan oleh mereka adalah set biskut yang dinama ‘Bark Box’ pada harga RM120. Duit yang didapati melalui derma dan juga belian produk oleh netizen adalah untuk membayar segala hutang yang mereka hadapi.
“The rent of the factory we are housing all the furries is whooping RM 10,000. Please help us to pay rent,”- APETSJOURNL menambah dalam catatan Instagram mereka.
Bantuan boleh diberi melalui membeli ‘Bark Box’ atau produk lain di laman web mereka dan derma boleh dibuat kepada organisasi tersebut melalui bank CIMB-8009972629 (St Pets Journal).