Nadi Bangi
‘Abah’ Kembali Ke Kabinet
Oleh: Fauzan Ismail Penyunting: Auzaee Athallah

Sumber: Google
PUTRAJAYA, 11 MAC: Perlantikan Ahli Parlimen Rembau Yang Berhormat (YB) Khairy Jamaluddin Abu Bakar ke kabinet sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi telah berjaya mengundang perhatian netizen dan rakyat.
Beliau yang sinomin dengan panggilan “Abah” hadir bersama 31 menteri kabinet yang lain di majlis angkat sumpah yang telah berlangsung dihadapan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati pada jam 3 petang.
YB Khairy yang mendapat jolokan ‘tall, dark and handsome’ tampil berbaju melayu kelihatan kemas di majlis tersebut. Sebelum ini, sebaik selepas Pilihanraya Umum Ke 14, YB Khairy telah tampil dengan imej berbeza berbanding semasa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan sehingga digelar Rajnikath Malaya kerana imej beliau yang persis hero filem Kabali.
Rata-rata masyarakat menyambut baik perlantikan beliau dan mahu melihat hasil kerja Menteri yang popular dalam kalangan orang muda dan media sosial semasa menjawat jawatan Menteri di Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini. Beliau yang berkelulusan dari Universiti Oxford digandingkan dengan timbalan menteri YB Ahmad Amzad Hashim.
Menurut Encik Shaharuddin bin Mohd Yunus, seorang pendidik di sebuah sekolah kebangsaan di Bandar Puchong, perlantikan KJ sebagai Menteri Saians , Teknologi dan Innovasi adalah satu langkah tepat dibuat oleh Perdana Menteri, memandangkan beliau seorang menteri muda berpendidikan tinggi dan berpandangan jauh.
“YB Khairy telah menjalankan tugas dengan baik semasa di Kementerian Belia dan Sukan dahulu yang sentiasa bersama turun padang mendekati golongan muda”, ujar beliau yang juga seorang pendidik di sebuah sekolah kebangsaan di Bandar Puchong.
Bagi Encik Razali Abd Ghafar dari Dengkil, turut menyatakan sokongan kepada YB serta berharap agar pengusaha seperti beliau turut diberi perhatian sewajarnya di bawah Kerajaan Perikatan Nasional sewaktu ditemubual NadiBangi di bengkel kimpalan besi miliknya disini.