top of page
Writer's pictureNadi Bangi

Abang Brownies Edarkan Brownies Percuma

Oleh: Nur Zulaikha Hisham

Penyunting: Nur Yusliana Yusoff

Sumber : Instagram Abang Brownies


BANGI, 25 Mac – Produk Brownies terkenal, Abang Brownies yang tidak asing lagi di kalangan para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan brownies secara percuma di sekitar UKM serta di Klinik Kesihatan berdekatan baru-baru ini.

Sebanyak 200 brownies yang siap dibungkus itu di edarkan sendiri oleh Pengusaha Abang Brownies, Muhamad Faiq bin Ishammuddin yang juga merupakan Presiden UKM-CESMED. Brownies tersebut diedarkan di sekitar kolej kediaman di UKM kepada mahasiswa yang belum pulang serta petugas-petugas wisma aman yang bertugas di pintu utama UKM dan juga kepada petugas klinik kesihatan di Klinik Kesihatan Taman Ehsan.


Katanya, tujuan brownies ini diagihkan ialah untuk menghargai jasa mereka yang berada di barisan hadapan negara yang berkorban nyawa, masa dan tenaga bagi memastikan keadaan dapat dikawal dan pulih seperti sediakala.

“Ini merupakan sebahagian daripada sumbangan terhadap masyarakat yang dilakukan oleh Abang Brownies bagi memastikan sumbangan terhadap rakyat dapat disampaikan dalam pelbagai cara.”

“Dalam situasi getir ini, perkara yang paling diambil berat oleh kami ialah dari segi kebajikan masyarakat. Keuntungan bukan lagi menjadi perkara asas bagi kami disaat negara kita dilanda situasi pandemic.”

Seiring dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abang Brownies mengambil inisiatif untuk mematuhi seruan kerajaan bagi tempoh perintah kawalan pergerakan selama 14 hari dengan menutup premis perniagaan agar penurunan kes dapat berlaku.

Tambahannya lagi, “Secara jelasnya, daripada perintah kawalan pergerakan ini kami akan mengalami kemerosotan dari segi jualan dan ini sedikit sebanyak menjejaskan keuntungan abang brownies dalam menampung kos overhead kami.”


“Jika kami meneruskan perniagaan, kami mungkin akan banyak bertemu dengan pelanggan dan ini akan mencetuskan satu situasi yang tidak seiring dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan,” kata Pengusaha Abang Brownies, Muhamad Faiq.

81 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page