• Nadi Bangi

Adrenaline Band Buat Kemunculan Pertama

Oleh Amni Amirah Afandi

Penyunting Nazrin Zulkafli



Kuala Lumpur, 23 Nov - Adrenaline Band mampu menarik nafas lega selepas membuat kemunculan pertama di hadapan orang ramai di Siswapreneur Showcase, Boulevard

Berjaya Timesquare baru-baru ini.


Kumpulan Adrenaline band ini baru sahaja ditubuhkan pada awal tahun ini selepas mendapat tawaran daripada UKM-Cesmed.


Dianggotai tujuh orang iaitu Muhammad Aiman dan Haiyie selaku vokalis, Syed sebagai

dram dan Jun mengambil posisi bass. Manakala, Faizal dan Hasif sebagai gitar utama juga Diha sebagai pemain keyboard. Kesemua mereka terdiri daripada pelajar Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala

Lumpur.


Vokalisnya, Muhammad Aiman berkata “Persembahan Adrenaline band di Timesquare

buat kali pertama ini dianggap sebagai pembuka laluan untuk kami berkongsi bakat di

persada muzik arus perdana.”


“ Wujud band ini disebabkan Ketua Pengarah UKM Cesmed kami iaitu Dr. Akmal

Sabarudin selepas beliau menawarkan kami untuk membuat satu persembahan di

Siswapreneur Showcase ini."


Tambahan lagi, “Antara cabaran kami ketika itu adalah apabila drummer kami tarik diri saat akhir iaitu tiga minggu sebelum showcase dan saya pula mengalami demam dan suara mula menghilang tiga hari sebelum showcase berlangsung” kata Vokalis Adrenaline Band, Aiman.


“Cabaran itu sentiasa ada tapi yang paling penting ialah cara kita untuk

mengendalikanya” katanya lagi.


“Saya harap band kami terus kehadapan dan membuat banyak persembahan pada

masa akan datang” ujar Aiman selepas menyentuh mengenai perancangan mereka untuk meneruskan momentum kumpulan berkenaan.


Siswapreneur Showcase merupakan program anjuran Kementerian Pendidikan

Malaysia dan Institut Pengembangan Koperasi dan Keusahawanan (CEDI UUM) sebagai tuan rumah Zon Tengah yang telah diadakan dari 8 November hingga 10 November 2019 lalu.


Lapan institusi pengajian tinggi dari lembah klang terlibat dalam program tersebut iaitu

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti

Pertahanan Kebangsaan Malaysia (UPNM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Sains Malaysia (USIM), Politeknik Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (POLISAS) dan Kolej Komuniti Selayang.

19 views0 comments

Related Posts

See All