top of page
  • Writer's pictureSyakir Sazali

Agama Dijadikan Bahan Jenaka Hanya Kerana Populariti

Penulis: Muhammad Syakir Ahmad Sazali

Penyunting: Muhamad Nazeem Mohd Nazri


Sumber: malay.news


KUALA LUMPUR, 24 MEI: Baru-baru ini, tular satu video Tiktok tentang video seseorang lelaki yang tidak dikenali sedang menunaikan solat fardhu diimamkan atau dimakmumkan oleh alatan elektronik berupa kipas.


Penularan trend ini telah mendapat perhatian oleh banyak pihak terutama golongon-golongan agamawan kerana perbuatan tersebut seolah-olah mempersendakan agama islam.


“Orang-orang yang membuat video macam tu kebanyakkan orang yang berstatus single dan mereka hanya ingin memviralkan diri mereka dengan harapan supaya mereka mendapat pengikut yang ramai.


“Jadi mereka(pengguna tiktok) akan memilih untuk mengikut trend walaupun ianya hanya perkara yang tidak baik demi mengejar populariti di Tiktok,” katanya.


Sehubungan dengan perkara ini, Nadi Bangi sempat menembual Ustaz Ahmad Osman, 54, seorang pendakwah bebas di Perak memberi teguran mengenai trend video yang tular di media sosial berkenaan.


“Apa yang saya lihat didalam video tersebut merupakan perkara yang amat menyedihkan dan menimbulkan rasa marah saya apabila agama islam dipersendakan dan dijadikan bahan jenaka hanya untuk mengejar populariti di dunia.


“Solat itu sendiri merupakan tiang agama untuk mengukuhkan akidah kita sebagai orang islam dan jika ia hanya menjadi bahan jenaka, ia boleh mnggugat akidah kita sebagai orang islam.


“Kita ingin menjadikan solat sebagai contoh kepada orang-orang yang bukan islam tentang kelebihannya, keindahannya namun, perbuatan mempersendakan solat ini merosakkan pandangan mereka terhadap agama islam seolah-olah ia mudah diperlekehkan,” katanya.


Dalam sebuah video menampilkan seorang pendakwah bebas terkemuka Ustaz Azhar idrus membuat penjelasan berkenaan hukum bagi perbuatan solat olok-olok di dalam islam.


“Trend solat olok-olok ini adalah haram apatah lagi kalau solat itu ditambah pula dengan makmum(kipas) yang sebegitu.


“Solat olok-olok ini hanya dibenarkan dan direkod untuk proses pembelajaran seperti tunjuk cara menunaikan solat kepada kanak-kanak atau erti kata lain hanya untuk tujuan pelajaran sahaja.”


44 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page