top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Aina Abdul Terima Kritikan "Sepi"

Oleh: Nadia Nurshazira

Penyunting: Seri Haidah


Sumber: Gempak!


BANGI, 12 April - Selepas memenangi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu yang ke-35 (AJL35) dengan lagu "Semalam", kini Aina Abdul tampil dengan lagu "Sepi" yang digubah menggunakan Bahasa Korea.


Menurut sumber yang dipetik daripada MStar, Aina Abdul tidak bimbang untuk terima kritikan menerusi lagi “Sepi” malah beliau bersedia untuk memantapkan lagi Bahasa Korea dalam nyanyiannya. Pencapaian dan bakat Aina Abdul kini dilihat semakin melonjak naik dengan mutu persembahan dan nyanyian beliau semakin hari semakin berkualiti.


Aina Abdul atau nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan juga pelakon wanita Malaysia. Kerjaya beliau bermula sebagai salah seorang peserta Mentor Legend sebagai anak didik penyanyi rock Ella di mana beliau dinobatkan sebagai naib juara.


Mengulas mengenai kelompok peminatnya, artis 28 tahun ini akui beliau juga merupakan peminat lagu Korea dan telah kumpul peminat dari negara tersebut. Dengan lagu "Sepi" versi K-Pop, beliau terima banyak reaksi positif terhadap lagunya.


Video rasmi "Sepi" versi Korea yang telah dimuatnaik di laman YouTube beliau sudah mempunyai lebih daripada 158,000 tontonan dalam masa 3 hari dan ia merupakan sebuah penerimaan yang baik. Bakat kelahiran program Realiti Mentor Legend ini terlebih dahulu meraih pelbagai pencapaian termasuk menjuarai salah sebuah kategori di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Los Angeles.


Menerusi video muzik asal "Sepi" yang telah dilancarkan di saluran YouTube pada 8 Februari lalu, kini rakaman tersebut telah mencapai lebih daripada 850,000 tontonan. Apa yang dipaparkan dalam video muzik itu merupakan kisah suka dan duka serta kejadian yang pernah beliau lalui sendiri sebelum dikenali sebagai penyanyi mainstream.


Menurut Aina Abdul sendiri, lagu berjudul "Sepi" menceritakan konsep tentang sayangi diri sendiri. Daripada perjalanan dan kisah yang beliau lalui, beliau cuba memberi inspirasi kepada orang awam bahawa "you’re the owner of your destiny and nobody else can change but you".


Walaupun pernah dikecam buruk oleh netizen, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu menyatakan tindakan itu menyebabkan beliau kurang berkeyakinan untuk menonjolkan wajahnya.


Menurut sumber yang dipetik daripada Berita Harian, Aina Abdul mengatakan bahawa dia sering terbaca komen kurang manis dalam laman YouTube dan mereka mempertikaikan penampilan dan membandingkan diri beliau dengan penyanyi lain. Namun, kecaman tersebut tidak menghilangkan semangat Aina Abdul untuk terus berada dalam industri nyanyian.


Malah, baru-baru ini Truskin telah melancarkan produk baharu dan berkolaborasi bersama Aina Abdul. Menurut Aina, dia menyifatkan dirinya sebagai testimoni sebenar produk keluaran Trulooks kerana sudah menjadi pengguna produk itu sejak dua tahun lalu sehingga dapat keluar dari masalah kulit yang dialami.

256 views2 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page