Oleh : Muhammad Amin Hazlan
Editor : Zulieda Azni
BANGI, 28 Mei : Teh ais derhaka merupakan salah satu tarikan yang ada di bazar ramadan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kali ini yang terletak di hadapan Panggung Seni UKM.
Gerai teh ais derhaka baru pertama kali menyertai bazar ramadan UKM tahun ini, namun ia tak menjadi penghalang untuk produk itu bersaing dengan gerai-gerai yang lain terutama yang menjual air yang berjenis teh ais seperti gerai teh ais derhaka.
“Uniknya teh ais derhaka dari air teh ais yang lain adalah campuran teh ais itu sendiri dengan cincau dan coklat yang terdapat dalam air teh ais kami”, ujar pemilik gerai teh ais derhaka di bazar ramadan UKM iaitu Muhamad Danish Nordin (Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi) .
“ Saya hanya merupakan stokes sahaja produk teh ais derhaka ini, namun sambutan yang diterima oleh mahasiswa UKM serta pengunjung yang lain amat memuaskan bagi saya yang pertama kali mencuba nasib untuk berniaga di bazar ramadan UKM untuk tahun ini”, jelasnya.
Wan Azrul Naim Wan Hairuddin (Sarjana Muda Sejarah) menyifatkan bahawa air teh ais derhaka ini mempunyai rasa yang lain daripada teh ais yang lain dek kerana coklat yang diletakkan sekali ke dalam teh ais tersebut.
“Dalam seminggu boleh dikatakan dalam 4 kali saya akan membeli air teh ais derhaka untuk menjadi juadah berbuka puasa saya”, kata Muhammad Hazwan Helmi (Sarjana Muda Geografi).
Aiman Shafiq Zakaria (Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah) pula mengatakan air teh ais derhaka ini nampak sangat menyelerakan terutama apabila seharian berpuasa sudah tentu inginkan air yang lazat untuk berbuka, jadi air teh ais derhaka adalah pilihan saya.
Bazar ramadan UKM juga mempunyai pelbagai variasi makanan dan minuman yang dijual seperti keropok lekor, bombolini, nasi tomato, air tembikai, air mangga dan banyak lagi.
Commentaires