Oleh : Farah A’lia Manan
Penyunting: Raihan Rahim
BALIK PULAU, 9 Jan – Penduduk tempatan kecewa apabila melihat kawasan ‘air terjun tersembunyi’ atau dinamakan, Air Terjun Sungai Rusa yang dipenuhi sampah oleh kerana sikap segelintir pendaki yang tidak bertanggunjawab dengan membuang sampah sesuka hati di kawasan tersebut.
Semenjak air terjun tersembunyi ini mula tular di media sosial, ramai pendaki yang mula berkunjung untuk melihat keindahan air terjun yang tidak diketahui ramai ini, lebih-lebih lagi warga Pulau Pinang.
Namun apa yang mengecewakan apabila hidden gems di Sungai Rusa, Balik Pulau itu mula dipenuhi sampah oleh kerana sikap makin ramai pengunjung serta pendaki yang tidak bertanggungjawab datang membuang sampah ketika tiba di kawasan tersebut.
Banyak sampah seperti botol-botol, plastik-plastik makanan dan lebih menyedihkan lagi apabila lampin bayi berselerak disepanjang laluan pendaki serta di kawasan air terjun itu, malah ada juga sampah di dalam air terjun tersebut.
Nadi Bangi sempat menemubual penduduk tempatan mengenai perasaan mereka terhadap kejadian ini.
Penduduk tempatan,Amanda Najwa, 22, berkata “Saya rasa kecewa atas sikap pendaki yang tidak bertanggungjawab membuang sampah, saya rasa sebelum tempat ni famous, tak ada pun sampah dibuang, kawasan air terjun pun bersih dengan suasana yang cantik, bila makin ramai datang, mereka tak fikir kesan yang boleh kita dapat kalau tak jaga alam semulajadi ni,” katanya.
Nadi Bangi juga mengambil peluang untuk menemubual pengunjung-pengunjung yang datang mendaki dan berkelah di kawasan tersebut.
Orang awam, Feishal Kamil, 25 berkata “Saya terkejut bila sampai-sampai ja atas bukit tu, banyak sampah yang dibuang, yang lebih mengejutkan ada juga pampers-pampers yang dibuang dicelah-celah semak samun, memang menggelikan malah merosakkan imej kecantikan air terjun tersembunyi ni, siapalah yang tergamak buang sampah-sampah ni di tempat yang macam ni,memang menyedihkan betul mentaliti masyarakat sekarang,” ujarnya.
Orang awam, Hamid Bakar, 38 berkata “Saya datang nak berkelah dengan anak-anak di sini, sebab tengok gambar di Facebook cantik tempatnya, tapi tak sangka pula bila mai sini banyak sampah, kesian anak-anak saya, risau sampah-sampah ni boleh bawa penyakit juga, saya dan keluarga pun seusai berkelah terus bawa balik semua barang tanpa meninggalkan apa-apa sampah sebabnya kita tak mau orang buang sampah, kita kena bertanggungjawab dan tidak ambil remeh tentang hal ini,” katanya.
Penduduk tempatan berharap supaya pengunjung dapat memberi kerjasama untuk sentiasa menjaga kehijauan dan permata yang kita semua miliki, malah mereka juga menyatakan bahawa keistimewaan Air Terjun Sungai Rusa ataupun Lata Sungai Rusa ini ialah lata ini memiliki air terjun bertingkat yang diibaratkan seperti mini Lata Penyel yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kecantikan air terjunnya dan juga terletak di kawasan pedalaman di negeri Perak.
do it for the 'gram