top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Aksi Muzik Video “MalamPagi” Nadhir Nasar Cetus Kecaman

Penulis: Misha Mysarra Abdul Karim 

Penyunting: Ahmad Idham Ahmad Hamzah



Sumber: Instagram dan Youtube 


PUTRAJAYA, 29 Nov - Aksi yang dikatakan kurang menyenangkan dalam muzik video  Malampagi arahan Nadhir Nasar telah menerima kecaman negatif gara-gara  mempunyai unsur lucah.  


Muzik video yang dikeluarkan pada bulan Oktober lalu, menerima banyak kecaman  kerana terdapat babak yang tidak sesuai untuk ditonton oleh anak muda. Netizen  menganggap konten muzik video tersebut terlalu mempamerkan kehidupan sosial liar  yang menunjukkan babak minum arak serta aksi ghairah.  


Nadhir Nasar memberi kenyataan ketika ditemu bual bahawa beliau sedia menerima  kritikan, namun tidak akan mengambil kritikan tersebut sebagai pematah semangat  dalam kerjayanya. 


“Muzik video itu mempunyai 9 juta tontonan dan ramai juga orang yang menyambut  baik tentang kandungan mesej yang hendak disampaikan.


“Ia bergantung kepada bagaimana penerimaan masyarakat mengenai muzik video  tersebut. Jika perkara positif yang dipandang, maka positif lah keseluruhan mesej  tersebut. Tetapi jika sebaliknya, maka negatif lah jadinya.” jelas Nadhir.  


Kecaman yang diterima tidak mematahkan semangat Nadhir Nasar untuk terus  berkarya dalam bidang seni, sama ada dalam pengarahan mahupun lakonan. Nadhir menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan kerjaya dalam kedua-dua bidang ini  serta kecaman tersebut bukanlah menghalang cita-citanya untuk menjadi pengarah  yang lebih hebat.  


Beliau juga berkongsi bahawa beliau akan mengarah lebih banyak muzik video dan  filem pendek yang akan dikeluarkan pada tahun 2024. 


“Banyak karya on the line dan In sha Allah, ada filem pendek dan muzik video yang  akan dikeluarkan pada tahun 2024 dibawah pengarahan saya”, katanya lagi. 

 

Nadhir yang ditemu bual di pelancaran filem Klepet bergenre aksi komedi dijangka akan  ditayangkan pada bulan Ogos 2024. Filem tersebut yang merupakan arahan Indra  Putra, yang dibintangi barisan pelakon meningkat naik seperti Meerqeen, Aedy Ashraf,  Joey Daud, dan ramai lagi. 

188 views12 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page