Nadi Bangi
Aksi Nenek dalam Youtube Curi Perhatian 100K Penonton
Oleh: Shirly Low Shi Li
Penyunting: As Nurul ‘Ainaa Awanudin

BANGI, 23 Dis – Seorang warga emas yang berusia 84 tahun itu telah mencuri perhatian 100k penonton dalam aplikasi Youtube dalam masa dua jam apabila muncul dalam video cover lagu terbaharu milik cucunya, Bryson Lew.
Bryson bersama neneknya muncul dalam beberapa video cover lagu seperti Yummy yang didendangkan oleh penyanyi asal dari Kanada, Justin Bieber serta How You Like That yang dinyanyikan oleh kumpulan K-pop yang terkenal, Blackpink. Video cover lagu How You Like That telah mendapat sambutan ramai daripada 1.7 juta penonton serta viral ke luar negara dengan nyanyian dan penampilan yang comel dari nenek Bryson.
Nadi Bangi sempat menemu ramah penonton video tersebut, Ho Chan Leo, 44, mengatakan bahawa beliau teringat akan neneknya yang sudah meninggal dunia apabila menonton video Bryson Lew. Beliau mengatakan bahawa beliau tiada peluang lagi untuk berbual atau makan bersama neneknya. Boleh dilihat bahawa video cover lagu milik Bryson Lew telah berjaya mengenangkan memori terindah bersama ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.
“Saya banyak teringatkan nenek saya yang sudah meninggal dunia tahun lepas, sangat rindu dengan nenek saya tapi sudah tiada peluang lagi untuk makan, cakap dengan nenek”.
Chan Chee Kiong, 33, mengatakan bahawa beliau teringatkan ahli keluarga yang berada di kampung semasa menonton video cover lagu Bryson Lew. Beliau yang kini sudah berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menjenguk ahli keluarga di kampung.
“Sudah lama saya tak balik kampung ni. Selepas tengok video ini, saya teringat ahli keluarga yang kat kampung. Sekarang fikir balik, saya sentiasa abaikan ahli keluarga saya sebab saya sibuk dengan kerja. Tapi terpaksalah nak tinggalkan kampung untuk cari makan. Selepas ni saya akan sentiasa balik ke kampung untuk melawat ahli keluarga saya, tak nak kesal kemudian jika mereka dah takda.”
Chan juga berjanji bahawa beliau akan sentiasa pulang ke kampung untuk melawat ahli keluarganya dan tidak mahu kesal sekiranya ahli keluarganya tiada suatu hari nanti.
Seorang penonton YouTube, Chong Chuay Lee memberi pendapatnya bahawa video seperti ini sepatutnya menerima banyak sokongan berbanding dengan video lain yang hanya memaparkan Youtuber yang melakukan aksi yang tidak senonoh serta bercakap kasar dalam video.
“Video ini benar-benar membawa mesej yang positif kepada penonton. Penonton seharusnya menyokong video-video sebegini berbanding dengan video yang memaparkan Youtuber bercakap kasar serta membuat content video yang negatif kepada orang lain”
Dengan video cover lagu Bryson ini, ia memberi pengajaran kepada kita bahawa kita seharusnya mengambil berat terhadap ahli keluarga kita. Walaupun sibuk dengan pekerjaan masing-masing, kita haruslah mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga. Penonton yang menonton video Bryson berasa terharu dengan hubungan mesra Bryson bersama ahli keluarganya.Mereka juga mengatakan bahawa tidak semua keluarga mempunyai hubungan yang rapat dan mesra seperti Bryson dan keluarganya.