• Nadi Bangi

Aksi Yuna Dirakam Glambot

Oleh: Arisha Mahazir

Penyunting: Ashikin Yusri



Sumber gambar : Instagram @yuna


Video penyanyi Yuna dirakamkan oleh kamera GlamBOT di karpet merah Anugerah People's Choice tahun lalu menjadi perhatian apabila ia tular pada 29 april yang lalu,selepas Yuna memuat naik video tersebut di akaun instagramnya.


Anugerah People's choice merupakan Pentas Anugerah terkemuka di Amerika dimana anugerah in adalah untuk mengenali bakat dalam dunia hiburan serta artis pilihan peminat melalui undian secara atas talian. Yuna merupakan Artis Malaysia yang tercalon di dalam kategori ‘Most Inspiring Asian Woman.


Yuna berkata, "Cole mengorek semula video ini dan saya harus kongsikannya kepada peminat. Ini pengalaman GlamBOT yang julung kali buat saya di Anugerah People's Choice” Oleh itu, beliau telah memuat video tersebut bagi mengimbas kembali kenangan bermakna itu.


Menurut Yuna lagi, pengalaman itu sangat manis buatnya apabila pengarah kelahiran Kanada, Cole Walliser memberikan peluang keemasan berkenaan kepada beliau.Beliau sebenarnya sangat gementar ketika itu, namun Cole begitu mesra orangnya sekaligus menghilangkan rasa gementar.


Perkongsian berkenaan sekali gus menerima respon luar biasa bukan sahaja peminat, malah rakan artis.Video tersebut telah mendapat lebih daripada 601 236 tontonan, lebih 113,000 tanda suka, dan lebih 2,000 komen.


Dalam video berstyle itu,Yuna kelihatan menarik dan mewah dengan mengenakan sepasang suit merah berlabuci dan lengkap berturban hitam, yang merupakan simbolik artis tersebut.


GlamBOT adalah sebuah rakaman menggunakan kamera berkelajuan tinggi untuk menghasilkan video gerak perlahan atau lebih dikenali sebagai slow motion. Ia kerap digunakan untuk merakam aksi khas buat selebriti ternama di Hollywood.


Selebriti yang pernah dirakam kamera GlamBOT berkenaan bukan calang-calang. Antaranya Brad Pitt, Ariana Grande, Priyanka Chopra dan suaminya Nick Jonas serta ramai lagi.Yuna merupakan satu-satunya artis Malaysia yang pernah dirakamkan oleh GlamBot setakat ini.

32 views0 comments

Related Posts

See All