• Nadi Bangi

Al Jazeera Mengundang Kemarahan Rakyat Malaysia

Penulis : Farahin Fadzil

Penyunting : Fatihah Roslan

Sumber: Google


KUALA LUMPUR , 9 Jun : Agensi berita antarabangsa yang berpangkalan di Qatar itu mengundang kemarahan rakyat Malaysia selepas dokumentari bertajuk ‘ Locked Up In Malaysia’s Lockdown ‘ berdurasi 25 minit 50 saat yang disiarkan oleh Al Jazeera mengecam layanan kerajaan Malaysia terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika Malaysia melaksanakan tindakan untuk menangani penularan wabak COVID-19 .

Dokumentari yang dimuatnaik oleh Al Jazeera itu mendakwa bahawa terhadap diskriminasi membabitkan pendatang asing tanpa izin dari segi layanan mereka ketika kerajaan Malaysia membuat pemburuan PATI secara besar-besaran sebagai langkah untuk memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia.


Seorang lelaki Bangladesh yang dikenali sebagai Md Rayhan Kabir ditemubual oleh Al Jazeera sebagai salah seorang imigresen di Malaysia memberi keterangan kepada agensi berita dalam dokumentari itu kononnya PATI di Malaysia dilayan seperti tidak berperikemanusiaan dan diberi layanan yang buruk.


Berikutan kemunculan lelaki itu di dalam dokumentari tersebut, Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak polis kini sedang memburu lelaki tersebut dan dipercayai masih berada di sekitar Malaysia bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63.


Ketua Polis Negara , Tan Sri Abdul Hamid Bador menyeru rakyat Malaysia untuk turut membantu pihak polis untuk memburu lelaki tersebut bagi membantu siasatan kes ini .

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi terus Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298/1294 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat," ujar beliau ketika sidang maya pada 4 Julai yang lepas.


Nadi Bangi memetik sumber dari salah seorang pengguna Twitter yang memegang akaun @MohSya_FIQ yang menyatakan pendapat beliau mengenai isu diskriminasi yang diambil daripada dokumentari tersebut .


Menurutnya, kenyataan Al Jazeera yang mengatakan Malaysia bersikap tidak adil serta mengamalkan sikap ‘racist’ terhadap imigran dalam menangani wabak COVID-19 dilihat seperti dirancang kerana beliau berasa pelik dengan tindakan Al Jazeera yang menutup ruangan komen di akaun Youtube yang menayangkan video dokumentari tersebut.


Nadi Bangi turut memetik satu lagi pendapat dari pengguna Twitter yang memegang akaun @Harvey_Walker96 . Beliau menyatakan bahawa tindakan Malaysia menangkap kesemua PATI bukanlah kerana kerajaan Malaysia bersikap ‘racist’, sebaliknya kerajaan menangkap mereka berikutan kesalahan mereka yang memasuki negara ini secara haram .


Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agensi berita antarabangsa itu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan fakta tidak benar dan mengelirukan

12 views0 comments

Related Posts

See All