top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Alumni Kajai Kongsi Tips Jadi Usahawan Berjaya

Oleh: Kishan Selvaraju

Penyunting: Keziah Shamma Mahendran


Sumber: Kolej Rahim Kajai


BANGI, 27 Jun – Satu sesi perkongsian tips menjadi usahawan berjaya yang melibatkan sesi perbincangan serta perkongsian pengalaman bersama dua alumni Kolej Rahim Kajai yang kini merupakan ahli perniagaan dan usahawan berjaya anjuran Kolej Rahim Kajai (KRK) melalui “Program VirtuAlumni Show: Echoing Journey” telah dijalankan bagi membantu menyiap siagakan para graduan untuk menempuh kehidupan selepas universiti.


Pengarah program Wong Yee Tian berkata, “perkongsian pengalaman ini telah membuka peluang yang luas kepada mahasiswa untuk berinteraksi dengan alumni berkait prospek kerjaya bidang masing-masing. Ilmu yang dikongsikan oleh alumni-alumni terpilih ini mampu melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang boleh menyumbang bakti kepada masyarakat di samping mempersiapkan diri dengan ilmu alam pekerjaan selepas bergelar graduan”.


Menurut alumni KRK, Ketua Pegawai Eksekutif MS Gigih Enterprise, Mohd. Sabri Bin Leman, ia sememangnya bukan mudah untuk kekal dalam bidang keusahawanan semasa pandemik. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hampir 100 ribu orang mempunyai tekanan dalam kehidupan mereka. Tambahan pula, banyak industri kecil dan sederhana (IKS) sebanyak 40% peratus daripada SME Corp. Malaysia telah mula gulung tikar.


“Kepada pelajar-pelajar yang bakal menerima ijazah, situasi ini bakal menjadi suatu cabaran, terutamanya kepada mereka yang akan mula mencari pekerjaan. Bagi saya, pelajar-pelajar yang akan menerima ijazah janganlah terlalu pilih pekerjaan, cari kerja yang bersesuaian ataupun cari kerja yang dapat menampung kehidupan anda pada zaman sekarang. Jangan terlalu pilih pekerjaan, akhirnya anda juga akan sakit pada masa akan datang” tambah beliau.


Dalam keadaan pandemik pada masa ini, peluang pekerjaan dalam negara ini semakin berkurang, sekiranya ada graduan yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan sekarang, adalah baik jika dielakkan kerana ia hanya akan merugikan perniagaan yang baru ingin mengembangkan sayapnya. Hal ini juga dikatakan demikian kerana, ekonomi negara yang kurang stabil tidak dapat membantu pelajar untuk menjana keuntungan yang secukupnya. Namun begitu, sebagai alternatif, pelajar boleh melakukan dropshipping ataupun menjadi ejen dan memastikan mereka memilih syarikat yang telahpun lama wujud. Akhirnya, jangan sesekali melabur dalam perniagaan pada masa sekarang.


Alumni KRK, Ikon Keusahawanan UKM 2019/2020, Muhammad Faiq Bin Ishammuddin pula menambah, “pada pendapat saya, buatlah perniagaan yang menyelesaikan masalah orang, perniagaan yang memberi manfaat kepada orang ramai. Sebelum anda berputus asa dengan perniagaan anda fikir dahulu kenapa anda memulainya dan fikirkan bagaimana anda akan membantu orang ramai kerana dalam zaman pandemik ini, ramai orang yang terkesan. Namun begitu, jangan jadikan ia sebagai alasan, sebagai usahawan, anda perlu sentiasa ada idea dan inovasi dalam perniagaan. Sekiranya anda terasa bahawa anda bakal gagal, cuba belajar balik kesilapan anda dan selesaikannya, baik dalam bidang perniagaan mahupun dalam bidang lain ilmunya banyak dan tiada kesudahan.”


Untuk menyimpulkan sesi perbincangan tersebut, Encik Sabri telah memberi beberapa tips yang mampu membantu para pelajar mengembangkan bisnes mereka pada masa yang akan datang. Menurut beliau, “langkah pertama yang harus dilakukan oleh para pelajar universiti selepas menerima ijazah adalah, mendaftar ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bangunkan akaun syarikat anda, simpan duit dalam akaun anda dan sentiasa melakukan transaksi serta cari badan-badan berkenaan di dalam universiti untuk memulakan perniagaan anda. Selepas meninggalkan universiti, anda boleh mengembangkan perniagaan anda dengan bantuan pinjaman daripada badan-badan berkenaan dan berniaga dengan lebih mudah dan cekap pada masa yang akan datang.”

105 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page