top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Amaran Varian Baharu Covid-19 Berisiko Tinggi

Updated: Dec 11, 2021

Penulis: Shafa Alvia Rizka

Penyunting: Elida Najwa Mohd Subri

Sumber: Google


JAKARTA, 5 Dis – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran varian baharu Covid-19, Omicron berisiko tinggi kepada penduduk dunia.


Menurut Dr. Adam Prabata yang merupakan doktor berasal dari Indonesia menyatakan bahawa varian baharu (B.1.1.529) menyebar dengan sangat cepat di Afrika Selatan dan didakwa lebih cepat penyebarannya berbanding dengan varian Delta.


WHO memberitahu bahawa varian Covid-19 B.1.1.529 atau Omicron ini dilaporkan dijumpai buat kali pertama di Afrika Selatan pada 24 November 2021. Mesyuarat kecemasan oleh pihak WHO telah dibuat pada 26 November 2021 bagi membincangkan tentang varian ini dan sekaligus memasukkan varian Covid-19 baru ini ke dalam kategori VOC atau Variant of Concern.

Menurut Dr Adam Prabata di dalam perkongsiannya di Instagram berkata, varian Omicron ini memiliki banyak mutasi yang berjumlah lebih kurang 50 mutasi secara keseluruhan. Beliau juga menambah, lebih daripada 30 mutasi pada protein S atau bahagian virus yang digunakan untuk melekat pada sel manusia yang akan dijangkiti.


Penelitian awal menunjukkan bahawa varian Omicron ini meningkatkan risiko re-infection kepada orang yang sudah pernah dijangkiti Covid – 19 sebelumnya. Re-Infection adalah jangkitan kedua atau lebih pada orang yang telah sembuh dari jangkitan pertama oleh sebab yang sama.

Dr Adam Prabata berkata, kajian terbaharu Afrika Selatan menunjukkan bahawa kemunculan varian Omicron berhubungan dengan peningkatan risiko Re-Infection Covid-19 hingga 2.39 kali lebih tinggi.


Menurut beliau lagi, sebanyak 652 kes varian Omicron ini telah dikesan di seluruh dunia dan sebanyak 38,318 kes yang didakwa dijangkiti oleh varian ini ditemukan di 38 negara. Malaysia telah merekodkan kes pertama varian ini melibatkan seorang pengembara bukan warganegara yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.


Kemunculan kluster sekolah Covid-19 akibat varian Omicron ini di temukan di Australia dan setakat ini terdapat 13 kes untuk kluster tersebut dengan 3 kes diantaranya sudah dipastikan varian Omicron.


Menurut Bimo A. Tejo, Prof Madya di Universiti Putra Malaysia yang berasal daripada Indonesia juga menyatakan bahawa jenis Omicron adalah sebuah varian yang menggabungkan keseluruhan daripada varian jenis Alpha, Beta, Gamma, dan Delta.


“Setakat ini, 3 peratus penduduk negara miskin yang sudah divaksin sementara seramai 60 peratus penduduk negara kaya sudah divaksin” Ujar Bimo A. Tejo melalui Instagram yang dimuat naik pada tarikh 27 November 2021.


“Semoga pemerintah Indonesia boleh memperketat warga negara luar yang masuk ke Indonesia demi melindungi warganya dari jenis varian yang baharu ini.” Ujar salah satu pengguna Instagram @srinency_3 pada ruangan komen di Instagram.


20 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page