top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Ancaman Bom Palsu Di Sekolah Cetus Kebimbangan Ibu Bapa

Updated: Nov 24, 2023


Penulis: Ahmad Naufal Bin Azmi Mustafa

Penyunting: Mohamad Asyraf Bin Ishak


Pelajar sekolah berhimpun selepas menerima ancaman bom di sebuah sekolah swasta di Johor. - Foto polis


KUALA LUMPUR, 21 Nov - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima 19 laporan ancaman bom palsu di beberapa buah sekolah yang dihantar melalui dua akaun emel yang membabitkan sekolah awam, sekolah antarabangsa dan sekolah swasta di seluruh negara pada selasa lalu.


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pecahan laporan yang diterima adalah tujuh laporan di Selangor; lima laporan di Kuala Lumpur; tiga di Johor, Perak dan di Negeri Sembilan.


Kes ini telah menimbulkan kerisauan oleh ibu bapa di seluruh Malaysia berkaitan dengan keselamatan anak mereka yang masih belajar di sekolah kerana anak mereka boleh menjadi mangsa ancaman bom palsu di sekolah.


Seorang ibu kepada 2 orang pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat di Bangi, Selangor, 51, berkata yang perkara ini menimbulkan kerisauan akan keselamatan anak mereka yang bersekolah kerana perkara ini bukan suatu perkara remeh.


“Walaupun ianya hanyalah ancaman palsu, kita tidak pasti kalau benda itu boleh jadi betul-betul dan langkah keselamatan haruslah diambil dengan menganggap yang perkara itu akan berlaku untuk menjamin keselamatan anak-anak kita” katanya.


Selain itu, seorang bapa yang mempunyai seorang anak yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat di Bangi, Selangor, 57, juga berkata bahawa pihak berkuasa patut memandang kes ini dengan lebih serius kerana perkara ini boleh mengancam keselamatan kanak-kanak yang masih bersekolah.


"Pihak sekolah dan pihak polis perlu mengambil kira juga perasaan takut yang dialami budak sekolah yang pergi belajar sebab perkara ini boleh menyebabkan budak takut untuk ke sekolah, oleh itu pihak berkuasa perlu memberi jaminan keselamatan kepada mereka" ujarnya.


Ibu bapa pelajar daripada negeri yang tidak terkesan dari ancaman bom juga merasa takut selepas menerima berita mengenai kes ini kerana perkara itu mungkin akan berlaku di tempat sekolah anak mereka.


"Saya juga risau sebab dah banyak negeri kena, akan ada kemungkinan perkara ini boleh terjadi kepada sekolah anak saya kerana pelaku itu boleh menghantar emel kepada mana-mana sekolah di seluruh Malaysia” kata seorang ibu yang mempunyai anak bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya haji, Kuala Lipis, Pahang.


Rata-rata Ibu bapa berharap bahawa perkara ini dapat dielakkan kerana mereka berasa amat bimbang mengenai keselamatan anak-anak mereka semasa berada di sekolah.

36 views1 comment

1 Comment

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Guest
Nov 25, 2023
Rated 5 out of 5 stars.

😳

Like
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page