top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Anjung Anyaman Raih Untung Sebanyak RM3,000 di KUD@Putrajaya 2023

Penulis : Nur Najwa ‘Awatif Taufek

Penyunting : Nurul Halida Norniza


Sumber Foto: Nur Najwa ‘Awatif



PUTRAJAYA, 24 Nov - Anjung Anyaman telah meraih keuntungan sebanyak RM3,000 lebih dalam tempoh dua hari di Karnival Usahawan Desa (KUD) 2023 yang diadakan di Anjung Floria, Putrajaya dan berlangsung bermula 22 sehingga 26 November.


KUD ini diadakan bagi mempromosi, meningkatkan daya saing dan menjadikan sebagai platform untuk mempromosikan kemudahan, insentif yang disediakan oleh agensi untuk membantu usahawan luar bandar.


Selain itu terdapat pameran dan pengisian oleh agensi dan anak Syarikat membabitkan agensi di bawah KKDW iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Lembaga Terengganu Tengah (KETENGAH).


Menurut Jalila Ghani, Pengasas Jendila Kraf, berkata Anjung Anyaman merupakan salah satu inisiatif di bawah pengurusan Lembaga Terengganu Tengah (KETENGAH), yang mempromosikan dan memelihara seni anyaman tradisional. Anyaman yang dihasilkan ini berasal dari Jendila Kraf, sebuah komuniti Kraf tangan Kampung Ku yang terletak di Dungun,Terengganu.


“Sepanjang tiga hari penjualan di karnival ni acik telah dapat keuntungan sebanyak RM3,000 lebih antara barangan penjualan yang paling tertinggi adalah sebanyak 200 beg dan diikuti kipas sebanyak 100 keping dan tudung saji bersaiz kecil sebanyak 50. Harga barang ini dijual mengikut saiz, barang yang paling kecil dalam lingkungan RM20 manakala yang paling besar dalam RM95. Buat benda ini adalah minat dari awal dan menjadi satu pendapatan untuk menjadi usahawan.


Cabaran dalam menarik minat orang muda ini sangat sukar kerana orang muda kini tidak suka menunggu dan kurang sabar dalam tempoh untuk menyiapkan sesebuah hasil anyaman.


“Anyaman ini mengambil masa dalam tempoh dua hari yang paling cepat untuk disiapkan dan berdasarkan barang yang di anyam kadang-kadang mengambil masa seminggu,” katanya ketika ditemubual.


Dalam karnival ini mereka menetapkan sasaran keuntungan untuk menjual anyaman ini sebanyak RM10,000 dalam tempoh tiga hari di karnival usahawan ini. Anyaman ini diperbuat daripada daun mengkuang yang dibawa khas dari Terengganu dan di anyam sendiri oleh pekerja dibawah Jendila Kraf.


Berdasarkan Puan Zaitun Abas merupakan salah seorang pekerja di bawah Jendila Kraf berkongsi bahawa beliau dengan hati yang gembira menyertai Karnival Usahawan Desa dalam anyaman ini dan menyatakan bahawa peserta dalam anyaman ini kebanyakkan adalah individu yang berusia antara 50 hingga 70 tahun.

“Mula-mula buat anyaman tikar ini hanya suka-suka dengan mak tapi tak tahu nak pasarkan macam mana, mungkin Tuhan nak memurahkan rezeki akak mempertemukan akak Jalila untuk menjual tikar mengkuang ini.


“Macam mana ya aku nak promosikan barangan ini terfikir, KETENGAH ini ada membuat kursus untuk cara mempromosikan barangan lepastu ada orang tanya kenapa tak promosikan barangan ini. Lepastu akak jawab jumpa siapa untuk nak berhubung, lepastu orang tu jawab jumpa akak Jalila. Kiranya akak jumpa akak Jalila melalui orang KETENGAH,” katanya.


Disamping itu, aktiviti anyaman ini bukan sekadar hobi tetapi menjadi sumber pendapatan sampingan bersama ibunya malah beliau juga mempunyai homestay miliknya sendiri yang iaitu Homestay Pasir Raja di Terengganu.


356 views7 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page