top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Anto ke-23 Mencipta Sejarah Dalam Norma Baharu

Oleh: Vijayabalan A/L Krishnan

Penyunting: Kanessha A/P Rama Krishnan



BANGI, 26 April- Perwakilan Mahasiswa India (PMI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menganjurkan Antologi Sajak dan Cerpen (Anto) ke - 23 dalam aplikasi Zoom.

Lebih menarik tahun ini Anto ke-23 mencipta sejarah kerana kali pertama diadakan dalam talian dan dapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar India IPT di negara kita walaupun menghadapi pelbagai kekangan akibat penularan wabak Covid-19.


Anto merupakan sebuah program penyampaian hadiah dan pelancaran buku antologi sajak dan cerpen bahasa Tamil, yang dikarang oleh pelajar IPT dari seluruh Malaysia dan semua karya tersebut dapat diterbitkan dalam e- buku tahun ini yang berjudul Puzhari.


“Saya amat berbangga dengan program berprestij kami ini kerana kali pertama mengadakan pertandingan debat antara pelajar universiti dan juga menerbitkan e-buku pertama kalinya dalam sejarah program Antologi Sajak dan Cerpen ” kata Ketua Pengarah Projek Anto ke-23, saudara Thevakumar A/L Aragennan.


Beliau juga berkata bahawa program Anto ke-23 mendapat sambutan yang lebih memberangsangkan daripada dijangka walaupun mengalami pelbagai kekangan untuk menjayakan program kerana program dalam talian lebih cabar berbanding dengan program bersemuka.


“Saya berharap Program Antologi Sajak dan Cerpen ke 23 ini dapat menjadi salah satu pelantar untuk menonjolkan bakat pelajar dan mengenali bakat - bakat pelajar IPT dalam bidang Kesusasteraan Bahasa Tamil” kata saudara Theva Kumar.


Kehadiran Penasihat Perwakilan Mahasiswa India, Prof. Madya Dr. Elankovan A/L A. Sundararajan sebagai tetamu khas meriahkan Anto ke-23 dan beliau merasmikan majlis dengan ucapan perasmian beliau.


“Saya berharap program ini dapat berjaya dan dapat memberi sambutan yang lebih besar dalam kalangan pelajar – pelajar India IPT walaupun dijalankan dalam talian akibat situasi pandemik di negara kita supaya pelaksanaan program yang berimpak seperti ini dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang” kata Dr. Elankovan dalam ucapan perasmian beliau.


Pelaksanaan program dalam talian tidak menjadi penghalang kepada urusetia program kerana dapat mempersembahkan pelbagai persembahan yang menarik perhatian semua hadirin walaupun ditayangkan dalam talian.


Pelajar yang mempunyai bakat menyanyi juga telah memeriahkan program Anto-23 dengan suara merdu mereka. Majlis ini dapat membuka peluang kepada pelajar – pelajar UKM untuk menonjolkan bakat mereka.


Dilashny A/P Balakrishnan dari UKM yang mewakili Kumpulan Mathi menewaskan 32 pendebat lain dengan memenangi Pendebat Terbaik Anto ke-23. Kumpulan Mathi memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 500 dengan menjadi Johan Pertandingan Debat yang diwakili oleh Sivasatyan A/L Vijay, Dilashny A/P Balakrishnan, Harimuneswararaaj A/L Regupathy dan Ganeshwari A/P Selvaraj. Hadiah wang tunai sebanyak RM 300 bagi Naib Johan dimenangi oleh pasukan Universiti Terengganu Malaysia yang diwakili oleh Nedunchudar A/L Nedunchelian, Sharaniya A/P Krishnan, Sobankumar A/L Veerasivati dan Daarshene A/P Shanmugam, manakala hadiah wang tunai sebanyak RM 200 bagi tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Agni Kuruthigal dari Universiti Putra Malaysia yang diwakili oleh Tharma Sellan A/L Muniandy, Shagaan A/L Ganen Thrakumar, Sreekha A/P Nada Raja dan Khirthanaa A/P Suparmaniam.


Johan bagi Pertandingan Sajak dimenangi oleh Sharan Suklam A/L Athma Lingam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan hadiah wang tunai sebanyak RM300, Naib Johan dimenangi oleh Sarveinthirran A/L Chandar dari Universiti Malaya dengan hadiah wang tunai sebanyak RM200 dan tempat ketiga dimenangi oleh Maithilly A/P Kabilan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan hadiah wang tunai sebanyak RM100.


Anandha Raj A/L Munnusamy dari IPG Kampus Tuanku Bainun memenangi Johan bagi Pertandingan Cerpen dengan hadian wang tunai sebanyak RM 350, Kalaiarasan A/L Sangkar dari Politeknik Nilai memnangi Naib Johan dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 250 dan Kirthiga A/P Ravichandran dari Universiti Pendidikan Sultan Idris memenangi tempat ketiga dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 150.


“Program ini merupakan satu rancangan yang berimpak dan dapat membuka peluang kepada pelajar - pelajar India IPT untuk menonjolkan minat dan bakat mereka terhadap Keusasteraaan Bahasa Tamil pada masa kini” kata Elaiya Shameeravan A/L Mugunthan dari Universiti Utara Malaysia sebagai peserta Anto ke-23.







181 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page