top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Apakah Pelaburan Yang Sesuai Untuk Tahun 2020?

Oleh: Rafaeil Bahri

Penyunting: Harith Ashyraf

Sumber: Google

BANGI, 9 Dis - Rata-rata rakyat Malaysia berpendapat bahawa memiliki aset hartanah adalah lebih menguntungkan daripada memiliki kenderaan kerana rumah adalah aset yang harganya tetap akan meningkat tahun demi tahun.


Menurut kajian daripada pelaburan KWSP, peratusan rakyat Malaysia dalam pelaburan adalah seperti berikut. 50.9% telah dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap, 42.4% dalam pelaburan ekuiti, dan baki 3.7% dan 3.0% masing-masing dalam instrumen pasaran wang dan kelas aset inflasi.


Seorang jurutera sebuah syarikat di sekitar ibukota, Muhammad Kamil, 31 berpendapat bahawa membeli rumah adalah lebih berbaloi kerana rumah kerana nilainya memang akan sentiasa meningkat. Sebagai contoh, rumah yang didiaminya sekarang dibeli pada harga RM850,000 pada tiga tahun yang lepas tetapi sekarang nilainya sudah mencecah lebih RM1 juta sebuah.


Walaupun membeli rumah lebih baik, tetapi tidak semestinya keputusan itu adalah yang pa­ling tepat untuk semua orang kerana setiap orang mempunyai keupayaan, keinginan dan keperluan yang berlainan.


Contoh mudah adalah jika skop pekerjaan seseorang itu memerlukannya untuk mempunyai pengangkutan, seperti wartawan, jurugambar atau banyak lagi dan mungkin juga seseorang itu datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, jadi kereta baharu amat sesuai digunakan untuk membawa ibu ke pasar.


“Bagi saya, kenderaan amat penting untuk saya bergerak kemana-mana sebagai seorang jurugambar yang tidak mempunyai jadual dan tempat kerja yang tidak tetap” ujar seorang responden yang mahu dikenali sebagai Ahmad Dani, 26.


Jadi, beli kereta atau rumah dahulu? Sudah tentunya, tiada jawapan yang betul atau salah. Walaupun ramai akan berkata lebih baik beli rumah dahulu, tetapi tidak ramai yang sudah bersedia dengan komitmen dan risiko kewangan itu. Setiap orang menjalani gaya hidup yang berbeza, maka perkara ini amat sukar untuk disimpulkan.

9 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page