Oleh: Amirul Naim Baseri
Penyuting: Alis Awasi
Sumber: Twitter
BANGI, 21 Nov: Susulan berita tentang aplikasi Muslim Pro yang dikatakan menjual data kepada Amerika Syarikat, sebuah aplikasi tempatan Iman App menjadi bahan bualan di laman sosial apabila ia telah menjadi alternatif baru kepada aplikasi Muslim Pro yang telah digunakan oleh golongan muslim di seluruh pelusuk dunia.
Topik mengenai aplikasi Muslim Pro telah tular di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila segelintir warga net mengkritik tindakan pembangun aplikasi Muslim Pro yang kononya telah menjual hampir 98 juta data pengguna kepada pihak ketenteraan Amerika Syarikat yang bagi tujuan pembanterasan pengganas di seluruh dunia.
Oleh yang demikian, majoriti muslim telah menyahaktifkan akaun mereka dan membuang aplikasi Muslim Pro di dalam alat peranti mudah alih masing-masing dan sebaliknya memuat turun aplikasi Iman Pro.
Sama seperti aplikasi Muslim Pro, aplikasi Iman Pro turut menyediakan ciri-ciri seperti penunjuk kiblat, peringatan waktu solat, kemudahan pembacaan al-Quran dan tazkirah harian dan juga mathurat. Aplikasi ini turut datang dengan dua jenis versi iaitu versi pro dan juga biasa.
Sumber: Twitter
"Aplikasi ini menawarkan fungsi yang hampir sama dengan aplikasi muslim pro iaitu waktu solat dan arah kiblat,” tulis pengguna twitter @nazrinisms.
Nadi Bangi turut memetik komen @shopbougee yang mengatakan bahawa aplikasi Iman Pro mudah dikendalikan oleh penggunanya.
“Iman Pro version ini salah satu function yang gee suka kerana auto detect location dan selaraskan terus dengan waktu solat kawasan tersebut,” komennya di Twitter.
Aplikasi yang dibangunkan oleh anak tempatan negara, Adiman Muhammad telahpun mencecah peratusan muat turut sehingga dua ribu pengguna berdaftar bagi versi pro dan seribu pengguna berdaftar bagi versi biasa. Kedua-dua aplikasi tersebut telahpun berada di tangga teratas Apple Store dan Play Store di paparan cadangan buku baru-baru ini.
Peratusan tersebut telah naik mendadak apabila ramai pengguna muslim seluruh dunia memboikot aplikasi Muslim Pro sejak 17 November yang lalu. Rata-rata pengguna aplikasi Iman Pro berharap agar data peribadi mereka dilindungi sewaktu mengendalikan aplikasi ini.
Walaupun kedua-dua aplikasi Iman dan Iman Pro mempunyai ciri dan fungsi yang hampir serupa dengan Muslim Pro namun, pengalaman ketika menggunakan aplikasi tersebut yang kurang menarik berbanding pesaingnya kerana ianya masih lagi di peringkat awal pembangunannya.
Commentaires