top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Arfie Shah Cuba Watak Aksi Komedi

Penulis: Aisyah Antasya binti Shamsol Jazlisham 

Penyunting: Muhammad Amir Ridzuan bin Ruslee


Sumber Foto: Instagram @arfie_shah


PUTRAJAYA, 29 Nov: Arfie mula menceburi suatu kelainan baharu dengan membintangi  watak aksi komedi di dalam filem Klepet yang akan ditayangkan pada tahun depan. 


Beliau sebagai pelakon baharu yang sedang menempa nama di dalam dunia lakonan dan  juga turut merupakan salah seorang ahli pemain saksofon di dalam kumpulan Budak  Nakal Hujung Simpang (BNHS) itu, mengakui bahawa bukan mudah untuk menjadi  seorang artis versatile


Arfie Shah atau nama sebenar Adwafri Shah, akur bahawa menjadi pelakon baharu  bukan lah mudah, ditambah pula perlu digandingkan bersama barisan pelakon yang telah  lama mengukir nama di dalam industri lakonan.


“Saya adalah pelakon baharu dan ini merupakan filem pertama saya. Saya pernah  melakonkan watak dalam genre aksi di OTT dan saya kira saya boleh perbaiki lagi watak  yang bakal saya lakonkan untuk filem Klepet akan datang. 


“Ini merupakan kali pertama saya mendapat watak dalam genre komedi. Saya perlu  banyak belajar bagi menjayakan watak ini memandangkan saya bukan lah seorang yang  kelakar, jadi perbuatan saya perlu kelihatan bijak,” ujar Arfie. 


Tetapi perkara itu tidak sama sekali mematahkan semangat Arfie untuk mencapai  impiannya menjadi artis yang serba boleh. Selain daripada menjadi pemain saksofon dan  pelakon, Arfie juga merupakan seorang model. Sebagai penggiat seni yang aktif, suka  untuk beliau mencuba pelbagai benda baharu yang membolehkan beliau mahir dalam  semua aspek. 


“Untuk menjadi seorang artis yang versatile, saya perlu banyak perbaiki diri. Saya juga  perlu mengasah kemahiran lakonan dengan lebih mendalam lagi sebagai seorang  pelakon,” kata Arfie. 


Beliau juga menyatakan rasa syukur digandingkan bersama artis senior yang baik dan  sangat membantu semasa membuat persiapan sebelum memulakan penggambaran  filem. 


“Mereka sangat baik dan banyak membantu dalam pelbagai perspektif. Sebagai pelakon  baharu, saya ambil semua itu sebagai sumber rujukan dan pembelajaran. Apa yang  paling penting adalah diri saya perlu ikhlas untuk belajar,” tambah Arfie lagi. 


Walaupun Arfie masih mempunyai jalan yang panjang di dalam industri seni tanah air  tetapi dengan bakat dan pengalaman yang beliau ada, ia membolehkan beliau  menempah tiket sebagai artis versatile pada masa akan datang.

419 views24 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page