top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

ARMY Raikan Hari Jadi Jeon Jungkook

Oleh: Wong Sze Wen

Penyunting: Ang Xin Yi




KUALA LUMPUR, 28 September: Peminat-peminat artis KPOP, ARMY telah mengadakan Couillon De Lalune, hari jadi Jeon Jungkook, BTS ke-23 di Franco, NU Sentral, Kuala Lumpur.


ARMY merupakan nama bagi kumpulan peminat-peminat kepada artis KPOP, BTS. Ia telah membawa maksud Adorable Representatives of MC Youth.


Menurut penganjur aktiviti, Firda Nuraulia, 23 tahun, aktiviti ini diadakan bukan sahaja untuk menyambut hari jadi Jungkook, tetapi juga untuk menyambut hari jadi ahli jawatankuasa yang lahir pada bulan September.


“Aktiviti ini juga diadakan bagi mengeratkan hubungan antara ARMY yang berasal dari tempat yang berbeza” katanya.


Penganjur juga menyediakan cup sleeves dan kad foto sebagai barang percuma kepada peminat-peminat yang datang. Produk-produk ini telah menjadi tarikan untuk menarik lebih ramai peminat menghadiri aktiviti ini.


Salah satu peminat, Carmen Choo, 20 tahun, yang datang dari Puchong menyatakan bahawa aktiviti ini telah menggembirakan ARMY kerana mereka dapat bertemu dengan ARMY lain yang sentiasa berhubung dalam dunia maya.


“Saya tertarik dengan persembahan mereka dan menjadi peminat kepada Jungkook sejak mereka debut selama 6 tahun,” kata Syafikah, 22 tahun.


Lee Jia Ying, 22 tahun, menyatakan bahawa dia sentiasa menghadiri aktiviti seperti ini untuk mengumpul koleksi kad dan produk BTS. Selain itu, dia menyatakan bahawa aktiviti seperti ini telah menjadi satu cara untuk berkumpul semua ahli ARMY.


Aktiviti ini telah disempurnakan dengan nyanyian lagu hari jadi dan potong kek.

21 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page