top of page
  • Writer's pictureAliff Fikri

Art Of Speed 2022 Pamer Kenderaan Jenama Terkenal

Penulis : Aliff Fikri bin Muhamad Azamuddin

Penyunting : Nurnadiah Farhana binti Norazmi


Sumber Paultan.Org


SERDANG, 2 Julai – Art Of Speed 2022 (AOS 2022) telah diadakan pada hujung minggu iaitu pada 2 hingga 3 Julai 2022. Bagi peminat sukan permotoran tanah air, AOS 2022 ini sudah pasti merindui dengan ‘Art Of Speed’ (AOS) kerana ia mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu acara gabungan lifestyle serta custom-made kereta dan motosikal yang menyatukan pelbagai masyarakat dari dalam dan luar negara.


Pengarah Festival Art of Speed Malaysia (AOSM), Asep Ahmad Iskandar berkata, acara ini berjaya menghimpunkan peminat motosikal dan kereta vintaj mahupun kustom.


"Ramai pengamal seni, pemuzik, pengumpul barangan vintaj serta hobi untuk turut serta dalam acara tahunan ini," katanya.


AOS 2022 merupakan acara yang mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik serta antarabangsa.


Antara tarikan utama untuk AOS 2022 ialah Jelajah Hot Wheels Legends dengan trak gergasi Bone Shaker bersaiz sebenar yang dipamerkan. Pelawat akan dapat memandu dan mengambil gambar profesional dengan kereta mereka di sepanjang latar belakang pek lepuh Hot Wheels bersaiz sebenar.


Pengunjung AOS 2022, Muhamad Adib bin Jaafar berkata, ia merupakan satu kelebihan bagi peminat motosikal dan kereta tempatan dan luar negara terutamanya kereta keluaran Jepun.


"Bagi saya ia merupakan syurga bagi peminat sukan permotoran dan akan menjadi lokasi berkumpulnya peminat seni muzik tanah air untuk turut serta dalam acara besar seperti ini," katanya.


Antara tarikan utama AOS 2022 ialah persembahan daripada band tempatan dengan menampilkan Hujan sebagai persembahan utama, dan kumpulan lain seperti Sekumpulan Orang Gila, SweetAss, Iqbal M, Flop Poppy dan Balok People anjuran Festival Sound Circus 2022.


Bagi Iskandar Suwando, 23, penularan pandemik COVID-19 menyebabkan beliau sudah lama tidak menghadiri sebarang acara seumpama itu dan berpuas hati dengan penganjuran AOS 2022 ini.


"Acara ini menarik dan teratur, banyak juga tempat untuk berhenti rehat jika penat berjalan dan aktiviti diadakan juga sesuai dengan semua peringkat umur terutamanya orang muda seperti saya yang jiwanya terhadap sukan permotoran ," katanya.


Terdapat juga aktiviti lain seperti Roda Rumble 2022, Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang disokong oleh Retro Mania; La Cultura iaitu paparan RC Crawler Mini; serta Test Ride Zone untuk basikal Ducati, Royal Enfield, Vespa, Aprilia dan Harley-Davidson.


14 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page