top of page
  • Writer's pictureAhmad Fayyadh

Astro SHAW Anjur Tayangan Eksklusif Histeria: The Series

Penulis: Ahmad Fayyadh Muhamad

Penyunting: Aina Umairah Muhammad Dhalan

Sumber: Nadi Bangi


BANGI, 31 Mei - Filem seram mengangkat konsep dunia persekolahan remaja perempuan yang sering diganggu oleh makhluk halus, Histeria: The Series terbitan daripada Astro Shaw telah mengadakan sesi tayangan eksklusif bersama pelajar Komunikasi Media (MENTION) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, khamis lalu.


Filem bergenre seram ini akan menampilkan barisan pelakon baharu yang terdiri daripada Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.


Selain itu, kemunculan pelakon dan watak asal daripada filemnya yang terdahulu seperti Liyana Jasmay sebagai Murni dan pelakon hebat tanah air Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don dan ramai lagi.


Histeria: The Series merupakan satu drama sambungan daripada filem Histeria yang pernah diterbitkan pada tahun 2008 yang lalu kini kembali dengan drama bersiri sebanyak lapan episod secara keseluruhan akan ditayangkan kepada penonton bermula 6 Jun 2022 di saluran Astro Citra.


Menurut pengarah dan penulis skrip drama ini, James Lee mengatakan bahawa drama Histeria:The Series ini merupakan gaya arahannya tersendiri bagi keseluruhan konsep dan jalan cerita drama ini.


“Ini merupakan drama bersiri yang pertama saya lakukan dari segi aspek pengarahan dan penulisan skrip.


“Saya mengambil masa selama enam bulan hanya untuk menyiapkan penulisan skrip kerana berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pernah diumumkan oleh kerajaan dahulu.


“Walaupun saya pernah mengarah drama televisyen sebelum ini namun ia tidak sama dengan apa yang saya lakukan dalam pembikinan Histeria: The Series ini.


“Buat penonton yang pernah mengikuti filem Histeria 2008 mereka pasti tidak sabar untuk menonton Histeria: The Series pada 6 Jun nanti,” katanya ketika ditemui wartawan Nadi Bangi.


Tambah James,ia memberi kesan yang positif kepada dirinya sendiri dalam melakukan pengarahan serta mempelajari pelbagai ilmu yang berkaitan bidang perfileman khususnya berkaitan penulisan skrip yang bergenre seram.


Keputusan beliau untuk menerbitkan Histeria: The Series ini timbul apabila masyarakat pada hari ini begitu meminati drama bersiri Korea seperti yang ada di platform Netflix atau Viu berbanding telefilem.


Salah seorang pelajar turut menanyakan soalan mengenai bagaimana generasi muda kini boleh memperbaiki cara work culture dalam dunia perfileman.


Selain itu, penerbit yang menghasilkan drama Histeria: The Series ini iaitu Gayatri Su-Lin Pillai mengatakan bahawa banyak berubah telah berlaku semenjak beliau terlibat dalam bidang ini.


“Perubahan yang ketara mengenai work culture ini mempunyai peningkatan sejak 25 tahun yang lalu. Sekarang work culture itu sudah banyak berubah ke arah untuk mencari wang dalam kehidupan harian kerana time is money,” katanya.


64 views0 comments

Opmerkingen

Beoordeeld met 0 uit 5 sterren.
Nog geen beoordelingen

Voeg een beoordeling toe
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page