top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

ATLET UKM SERATUS TERATAS LARIAN HALF-MARATHON

Oleh: Mazidatul Husna

Penyunting : Nurul Farhana


Sumber : Google

KUALA LUMPUR - 29 SEPTEMBER: Catatan masa sebanyak 1 jam 45 minit dalam acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019 (KLSCM 2019) meletakkan Muhammad Idham Bin Kamaruzaman, seorang penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia berada di tangga ke 100 secara keseluruhan daripada 9497 orang peserta dalam kategori Half-Marathon pada jarak 21.1 km.


Beliau yang juga merupakan pelajar dari Fakulti Pengajian Islam dalam bidang pengajian Usuluddin dan Falsafah itu turut berada pada tangga ke 92 daripada 6212 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang negara.


“Pada mulanya saya berasa sangat bimbang kerana persediaan yang dilakukan tidak begitu rapi tetapi pada masa yang sama saya juga berasa teruja kerana dapat menyertai acara marathon terbesar seperti ini dan saya berasa amat berbangga dengan diri sendiri kerana ia merupakan satu pencapaian yang sangat memuaskan bagi kemunculan pertama dalam larian marathon” kata Muhammad Idham Bin Kamaruzaman.


Menurut Muhammad Idham lagi, bagi menyertai acara larian marathon, ianya memerlukan latihan yang sangat rapi dan komitmen yang konsisten kerana acara marathon melibatkan acara larian pada jarak jauh.


Beliau telah membuat persediaan selama lima bulan sebelum hari kejadian dengan berpandukan jadual latihan yang dirangka oleh dirinya sendiri yang merangkumi beberapa bentuk latihan yang diperlukan bagi membuat persediaan tersebut.


Antaranya ialah long slow distance (lsd) pada jarak 10 km ke atas, tempo run sebanyak 80%, pace run pada jarak 8 km, interval speed, larian berbukit sebanyak 1 km dan easy run pada jarak 5 km.


Beliau sangat berdisiplin mengikuti jadual latihan persiapan ini sekurang-kurangnya sebanyak tiga hingga empat kali seminggu manakala hari yang tiada latihan dipanggil sebagai hari rehat.


Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon yang telah dihadiri peserta sebanyak kira-kira lebih dari 40 000 orang peserta adalah acara tahunan terbesar yang diadakan di Dataran Merdeka bermula dari 28 sehingga 29 September 2019.


Antara kategori yang dipertandingkan pada KLSCM 2019 kali ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori Individual, Charity dan Kids Dash.


Bagi kategori Individual pula terbahagi kepada beberapa kategori lain iaitu kategori Full Marathon pada jarak 42.2 km, kategori Half Marathon pada jarak 21.1 km, kategori 10 km dan kategori 5 km manakala bagi kategori Charity pula terbahagi kepada dua kategori iaitu Run For A Reason dan Corporate Challenge dengan jarak 10 km.


Bagi penyertaan untuk kanak-kanak juga turut disediakan iaitu kategori Kids Dash yang terdiri daripada jarak larian sebanyak 3 km dan dan 1 km.


KLSCM 2019 merupakan acara marathon tahunan terbesar yang sering menjadi tumpuan dan buruan atlet-atlet marathon sama ada di dalam atau di luar negara.


Penglibatan para peserta dalam acara marathon anjuran Standard Chartered ini bukan sahaja melibatkan rakyat Malaysia malah peserta-peserta dari luar negara seperti peserta Kenya, Uganda, Poland, Singapore dan China turut menyertai acara marathon ini.


Bagaimanapun, hasil usaha gigih Muhammad Idham Bin Kamaruzaman telah membuahkan hasil yang sangat yang memberangsangkan dengan meletakkan dirinya pada tahap 100 terawal.



24 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page