top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Bahaya Kemurungan

Oleh: Mazidatul Husna Amir

Penyunting: Nur Sahira Omar


Sumber: Google

Kematian Artis K-Pop


Kelihatan penyokong industri muzik K-Pop dalam keadaan begitu hiba atas kehilangan artis muda terkenal yang dikenali dengan nama pentasnya Sulli yang juga merupakan salah seorang dari anggota kumpulan penyanyi Korea terkenal pada suatu ketika dahulu. Ucapan takziah dari pelbagai negara menghujani rata-rata platform media sosial terutama sekali Twitter terhadap berita yang mengejutkan ini. Punca kematian artis muda itu dikenalpasti berpunca daripada masalah tekanan jiwa dan kemurungan berikutan pengakuan yang dilakukan olehnya sebelum kematiannya. Kematian artis muda dari Korea Selatan ini bukanlah kematian pertama yang berpunca daripada tekanan jiwa dan kemurungan malah sudah ramai artis-artis muda yang meninggal dunia disebabkan oleh masalah yang sama.


Keadaan ini dapat menggambarkan bahawa masalah tekanan jiwa dan kemurungan telah menjadi punca kematian dalam kalangan anak-anak muda masa kini. Masyarakat di seluruh dunia kini hendaklah diberi kesedaran sepenuhnya mengenai bahanya masalah tekanan jiwa dan kemurungan serta cara pengandalian sekiranya terdapat individu-individu yang mempunyai masalah sedemikian. Hal ini demikian kerana, World Health Organization menyatakan bahawa seramai 800 00 kematian bunuh diri disebakan oleh kemurungan yang dianggarkan pada setiap tahun. Kematian yang berpunca daripada bunuh diri pula merupakan kedua tertinggi di antara umur 15 hingga 29 tahun.


Bukan Seeking Attention


Ini jelas memberi gambaran bahawa masalah tekanan jiwa dan kemurungan tidak boleh dipandang sepi keranan masalah ini mampu untuk meragut nyawa terutama sekali golongan muda. Dr Zaid Zolkipli ada berkongsikan mengenai masalah kemurungan di Sinar.my dengan mangatakan bahawa individu-individu yang mengalami masalah tekanan perasan dan kemurungan bukanlah cuma untuk seeking attention semata-mata seperti yang dilakukan oleh individu-individu yang mengalami putus cinta dan sebagainya. merak yang mengalami masalah tekanan perasaan dan kemurungan cenderung untuk membunuh diri kerana mereka dikatakan tidak takut untuk mati serta cara yang dilakukan adalah secara berseorangan supaya tindakan membunuh diri itu tidak diganggu oleh sesiapa.


Dr Zaid Zolkipli juga menyatakan bahawa perbuatan membunuh diri itu adalah perbuatan yang disengajakan kerana golongan ini tidak takut mati. Perkara ini adalah sangat tidak normal dan mereka ini amat memerlukan bantuan dari pakar. Namun begitu, tidak semua masalah kemurungan dapat dilihat dari air muka seseorang. Ini kerana sesetengah darinya mampu untuk bergurau dan bergelak ketawa tetapi hakikatnya seseorang itu sedang mengalami kemurungan yang berbahaya dan mampu meragut nyawa pada bila-bila masa.


Ada juga segelintir masyarakat yang menganggap bahawa masalah tekanan perasaan dan kemurungan ini adalah salah satu masalah kesihatan mental seperti gila atau tidak waras. Tanggapan seperti ini sebenanrya menyebabkan individu yang mengalami masalah tekanan perasaan dan kemurungan tidak mahu mengakui bahawa mereka mempunyai masalah demikian kerana bimbang dilabel sebagai gila atau tidak waras. Oleh itu, masyarakat diseluruh dunia hendaklah sama sama berganding bahu bagi membanteras masalah tekanan perasaan dan kemurungan terutama sekali dalam kalangan remaja.


Persoalannya, bagaimanakah cara yang betul dapat diaplikasikan sekiranya terpaksa berhadapan dengan individu-individu yang mengalami masalah tekanan perasaan dan kemurungan seperti kawan sendiri selain daripada hanya memberi nasihat untuk terus menjadi kuat dan berzikir semata?


Langkah Merawat Kemurungan


Dr. Firdaus Abdul Gani, Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia ada menyatakan beberapa kaedah rawatan yang disediakan kepada pesakit kemurungan. Antaranya ialah pesakit akan menjalani sesi psikoterapi di mana pesakit dibimbing untuk mengenal pasti masalah serta cara penyelesaian, mengenal pasti serta menangani fikiran positif, digalakkan untuk meluahkan perasaan dengan betul serta diberi sokongan. Jika pesakit mengakui bahawa dirinya sendiri sedang mengalami masalah kemurungan maka beberapa kaedah rawatan tersebut akan diaplikasikan mengikut tahap kemurungan yang sedang dialami.


Jika ada orang di sekeliling anda yang dilihat mengalami masalah kemurungan, anda juga dapat membantu individu tersebut pulih dari keadaanya. Anda hendaklah mendorong individu tersebut untuk berbual dan meluahkan perasaannya terhadap orang yang dipercayainya seperti ahli keluarga sendiri, rakan karib, kaunselor dan sebagainya. anda juga boleh memberi mempengaruhi individu tersebut untuk berjumpa dengan doktor yang lebih arif mengenai masalah kemurungan. Ini kerana, langkah pertama yang penting bagi orang yang mengalami kemurungan adalah dengan meminta tolong. Oleh itu, mana-mana individu yang mempunyai symptom masalah kemurungan hendaklah berani untuk mencari pertolongan demi kebaikan dan keselamatan diri sendiri.


Masyarakat juga haruslah mengambil cakna bahawa masalah kemurungan adalah masalah yang boleh membawa maut serta ianya adalah bukan masalah mental atau tidak waras. Oleh itu, kesedaran masalah kemurungan hendaklah disebar secara menyeluruh agar dapat membantu golongan kemurungan daripada memilih jalan bunuh diri sebagai jalan penyelesaian.


34 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page