top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

BeauTYRA cerminan diri Tyra Kamaruzzaman

Penulis: Ateefa Zulkifli

Penyunting: Jesika Berliana


Sumber: Instagram @beautyraofficial

Bermula daripada minat yang mendalam terhadap solekan, selebriti media sosial, Tyra Kamaruzzaman, 20, kini melahirkan jenama kosmetiknya sendiri. Walaupun kemunculan produk kosmetik kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, Tyra tidak gentar untuk terus mengembangkan perniagaannya.


BeauTYRA mula menembusi pasaran pada pertengahan tahun 2018 melalui aplikasi jual beli dalam talian, Shopee. Maklum balas yang diterima daripada pelanggan ketika pertama kali dilancarkan amat memberangsangkan, bahkan produknya laris terjual dalam masa empat minit sahaja.


USIA MUDA BUKAN PENGHALANG


Mengganggap usia muda sebagai tuah untuk memulakan perniagaan, ikon media sosial ini ingin menggunakan sepenuhnya masa mudanya bagi mengejar impian bergelar usahawan berjaya. Tyra yang menganggap BeauTYRA sebagai cerminan dirinya berkata beliau ingin terus menggunakan peluang dan masa yang ada di usia mudanya ini untuk terus memajukan perniagaan kosmetiknya yang semakin diterima baik.


"Saya memulakan perniagaan ini pada usia sangat muda. Bergelar usahawan muda sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah kerana ada pihak yang akan memperlekehkan kebolehan kita dan kesungguhan kita. Namun, kita perlu percaya pada diri sendiri, kalau kita betul nak sesuatu, dengan usaha, kita pasti boleh capai apa yang kita impikan," ujar Tyra ketika ditemubual oleh wartawan Nadi Bangi baru-baru ini semasa Karnival Campus Mania di Pusanika.


CABARAN DALAM BERNIAGA


Menurut Tyra, antara perkara paling sukar sepanjang mengembangkan perniagaan kosmetiknya ini ialah berhadapan dengan negativiti daripada masyarakat. Setiap gerak geri yang dilakukan sama ada baik atau buruk pasti akan diperkatakan tambahan lagi beliau merupakan seorang ikon media sosial dengan pengikut lebih kurang 372 ribu di Instagram.


”Tyra mula berniaga pada usia yang sangat muda, jadi banyak benda yang Tyra tidak tahu dan perlu dipelajari sepanjang manjalankan perniagaan ini. Tyra akui terdapat beberapa kesilapan pernah Tyra lakukan sejak BeauTYRA menembusi pasaran, dan ia kini menjadi satu cabaran buat Tyra apabila kesilapan tersebut sukar dilupakan oleh masyarakat," jelas Tyra.


Tyra turut mengakui setiap kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang bergelar usahawan menjadi pengajaran yang bermakna dalam hidupnya dan beliau juga berazam untuk menggunakan setiap peluang yang ada untuk memperbetulkan keadaan dan belajar daripada kesilapan.


PEMERAH PIPI SEBAGAI PRODUK SULUNG


Kebiasaannya usahawan kosmetik yang baru berjinak-jinak akan manjadikan gincu sebagai produk pertama. Bagi mencipta kelainan kepada BeauTYRA, Tyra memilih pemerah pipi (blusher) untuk dijadikan keluaran pertama syarikatnya. Sesuai dengan kecenderungannya yang gemar memakai pemerah pipi, ikon media sosial ini melahirkan pemerah pipi BeauTYRA yang terdiri daripada tiga warna menarik.


"Bagi Tyra sendiri, blusher ialah benda yang wajib Tyra pakai, rasa tidak lengkap solekan Tyra kalau tiada blusher, dan kebiasaannya orang akan tanya Tyra blusher apa yang Tyra pakai, jadi dari situ Tyra jadikan itu satu peluang bagi Tyra untuk mulakan perniagaan menjual blusher ini," jelas Tyra.


BeauTYRA sudah mempunyai pemerah pipi dengan tiga rona terbaik yang kini semakin mendapat tempat di pasaran iaitu Mermaid, Feline dan Flamenco. Bukan itu sahaja,BeauTYRA juga pernah mengeluarkan pemerah pipi edisi terhad yang pernah menjadi kegilaan gadis-gadis, Unicorn. Sehingga kini, produk BeauTYRA merangkumi pemerah pipi, gincu, wangian rambut dan badan, buku nota serta berus solekan.


BEAUTYRA BAKAL TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA PADA 2020


Memilih Disember sebagai bulan istimewa sempena bulan kelahirannya, Tyra Kamaruzzaman memaklumkan bahawa BeauTYRA bakal melancarkan produk terbaru. Namun, jenis produk yang bakal menembusi pasaran itu masih dirahsiakan. Pada masa yang sama, Tyra menaruh harapan yang tinggi untuk menembusi pasaran antarabangsa pada tahun hadapan.


238 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page