top of page
  • Writer's pictureNur Farzana Nafiz

BeauTyra Mahu Lebih Dekat Dengan Peminat

Updated: Nov 20, 2022

Penulis: Nur Farzana Nafiz

Penyunting: Nurfaizatul Huda Ahmad

Sumber Gambar: Nadi Bangi


BANGI, 10 Nov - Kempen eksklusif ‘Campus Drive’ telah diadakan selama 2 hari dari 9 hingga 10 November di Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertujuan untuk bertemu dengan lebih dekat dengan para peminat dan pengguna produk mereka.


BeauTyra adalah salah satu jenama kecantikan yang terkenal di Malaysia yang sering menjadi rebutan para remaja, terutamanya dalam kalangan pelajar.


Kempen ini dianjurkan agar para peminat BeauTyra boleh melihat dan mencuba sendiri kesemua produk yang baharu serta produk terdahulu yang pernah dikeluarkan oleh jenama tersebut.


“Kami tahu kumpulan sasaran kami adalah pelajar dan tidak semua orang suka membelinya dalam talian, malah ramai orang suka cuba dahulu sebelum mereka membelinya.


“Sebab itu kami membuat kempen ‘Campus Drive’ ini dan juga, selepas Covid ini Tyra nak jumpa BeauTyra punya peminat, pengikut dan Tyra nak rapat dengan semua orang,” kata pengasas produk BeauTyra, Tyra Kamaruzzaman.


Beliau juga berpendapat bahawa dengan mengadakan kempen seperti ini, beliau dapat mengeratkan lagi hubungan antara pembeli dan juga penjual di samping dapat mendengar pendapat serta maklum balas yang berbeza ke atas produknya.


Salah seorang peminat yang juga pengunjung acara ini, Nur Alyaa Shafiya, 21, memberi maklum balas bahawa beliau lebih suka jika kempen seperti ini diperbanyakkan lagi oleh BeauTyra di masa akan datang.


“Kalau buat depan-depan macam ini, kita boleh tengok jika produk tersebut sesuai atau tidak dengan kulit kita, dan lebih mudah untuk kita lihat warnanya,” ujar beliau.


Beliau juga telah membeli ‘Wonder Box’ yang bernilai RM120 yang mana di dalamnya mengandungi 8 produk misteri BeauTyra.


Menurut pengasasnya, promosi yang sedia ada hanya akan diberikan kepada pengunjung kempen ini sahaja dan tidak akan ditawarkan dalam aktiviti jualan secara atas talian produk mereka.


Dengan adanya kempen seperti ini, Tyra berharap bahawa lebih ramai pengunjung yang akan hadir untuk mengambil pengalaman dan mencuba sendiri produk yang dijual berbanding membelinya di platform atas talian.


49 views0 comments

댓글

별점 5점 중 0점을 주었습니다.
등록된 평점 없음

평점 추가
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page