top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Bekalan Makanan Di Labuan Didakwa Berkurang

Updated: Nov 8, 2021

Penulis: Kanaga Suntari

Penyunting: Muhammad Amirul Akmal Azhar


LABUAN, 28 Oktober - Kebanyakan pusat penjualan barang-barangan harian didakwa mengalami kekurangan barangan akibat penutupan terminal Feri di Labuan sejak seminggu lalu.


Antara barangan tumpuan orang ramai yang berkurangan adalah telur dan minyak masak. Selain daripada barangan ini juga, bawang merah, gula perang dan sayur – sayuran juga menjadi bahan keperluan masyarakat Labuan yang turut berkurangan. Hal ini merungsingkan penduduk Labuan pada masa pandemik ini.


Menurut seorang guru yang berkhidmat di Labuan, Marutha Meenachy, 47, mengatakan bahawa beliau berasa tertekan apabila tidak mendapat barangan keperluan harian untuk menyediakan makanan harian kepada ahli keluarganya.


Beliau turut mengatakan bahawa beliau terpaksa beratur 2 jam untuk membeli minyak masak dan yang paling menguji kesabarannya adalah seorang pembeli hanya dibenarkan membeli satu atau dua botol minyak masak pada satu masa. Tambahan pula, harga barangan meningkat secara mendadak sehingga 27%. Ada juga minyak yang asalnya RM27, kini berharga RM33. Maka pelanggan setempat berasa amat tertekan akibat kenaikkan harga ini,” katanya.


Perkara ini diakui, Noor Azura Darus, 48, seorang guru Koperasi mengeluh bahawa sayur–sayuran seperti bayam dan sawi tidak kelihatan di mana-mana pasar semasa fasa ke-3 disebabkan tiada bekalan daripada tanah Sabah. Ini adalah kerana kerajaan Labuan dan Sabah bersetuju untuk menutup Terminal untuk mengurangkan penularan pesakit Covid 19.

Menurut En. Selva, 54, terpaksa membeli susu tepung bayi atas talian untuk anak berumur 6 tahun dan 2 tahun disebabkan susu tepung yang sudah kehabisan stok di Labuan.


Hal ini menunjukkan bahawa, susu tepung bayi juga menyusut di Labuan. Perkara ini memang memberi tekanan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.


Tambahan lagi Ana, seorang pengasuh, 52, mengatakan bahawa beliau tidak memasak selama 2 hari disebabkan barangan dapur yang tidak mencukupi. Beliau hanya dapat masak bubur dan makan bersama roti sahaja bersama keluarganya.


Sementara itu, Sulakshan, 36, seorang pensyarah meminta kerajaan untuk mengatasi masalah penduduk Labuan. “Permintaan tinggi terhadap barang keperluan ini mengakibatkan berlaku kenaikan harga terhadap barang”, katanya.


“Kerajaan pula mestilah mengatasi masalah penduduk Labuan supaya penduduk Labuan mendapatkan bekalan makanan seperti biasa”, katanya.


Menurut En Raja, 35, yang merupakan seorang guru mengatakan bahawa permintaan untuk telur adalah tinggi sebab telur merupakan makanan utama rakyat Malaysia, lagi-lagi kanak-kanak sekolah yang bangun awal untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR). Ibu bapa yang bekerja ini hanya dapat membekalkan telur kepada anak-anak mereka sebagai sarapan pagi. Situasi kehabisan telur menyebabkan mereka rasa marah dan terpaksa tanya rakan-rakan dan jiran mereka untuk meminjam beberapa biji telur.


Masyarakat setempat mengalami satu situasi yang serius dalam kehidupan mereka akibat daripada kekurangan makanan disebabkan oleh tiada bekalan daripada semenanjung Malaysia dan Sabah. Ini disebabkan barang-barang makanan biasanya dapat daripada negeri Sabah. Keadaan semakin runsing apabila kes covid meningkat di Labuan disebabkan oleh kemasukan pekerja-pekerja pelabuhan dan terminal feri dari luar Malaysia.



99 views1 comment

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page