top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Bekas Miss Universe Malaysia Dikecam Teruk oleh Netizen


Oleh: Auzaee Athallah

Penyunting: Fauzan Ismail


Sumber: Google


KUALA LUMPUR, 2 JUN: Bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James mencetuskan kemarahan neziten di media sosial setelah beliau bertindak untuk memuat naik beberapa komen yang sensitif berkaitan dengan protes #BlackLivesMatter di Amerika Syarikat (AS).


#BlackLivesMatter merupakan sebuah gerakan sosial bersakala antarabangsa yang dimulakan oleh komuniti Afrika Amerika sejak 2013 dalam usaha untuk menentang kekerasan atau perkauman sistematik terhadap orang kulit hitam terutama sekali untuk membela nasib mereka yang mati disebabkan oleh kekerasan anggota polis. Sejak beberapa hari yang lalu kebanyakkan rakyat AS melakukan protes besar-besaran di seluruh negara berikutan kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd akibat daripada kesukaran bernafas sewaktu anggota polis, Derek Chauvin melutut beliau di tengkuk ketika menahan George.


Samantha memuat naik pandangannya di laman Instagram beliau bahawa kita yang tidak tinggal di Amerika Syarikat tidak perlu endah akan #BlackLivesMatter dan menyatakan bahawa orang berkulit putih telah menang kerana orang yang melakukan protes itu telah dikuasai oleh perasaan amarah dan kedukaan mereka sendiri.


“Kepada golongan kulit hitam, kekal tenang, anggap ianya sebagai cabaran untuk menguatkan anda”


“Anda telah memilih untuk lahir sebagai golongan ‘coloured person’ di Amerika Syarikat dan perkara ini adalah untuk anda mempelajari sesuatu,” tulis beliau di laman Instagramnya.


Beliau kemudian menambah bahawa golongan kulit hitam agar menerima dengan seadanya kerana perkara ini tidak dapat dielakkan seperti isu kelaparan dan kemiskinan yang masih wujud sehingga sekarang.


Kenyataannya ini menimbulkan kemarahan netizen Malaysia yang turut menyokong gerakan #BlackLivesMatter serta menentang kekerasan dan perkauman ke atas golongan kulit hitam setelah tangkap layar komennya dimuat naik ke laman twitter oleh seorang pengguna, @lilasianthiccie.


Rata-rata pengguna menyifatkan tindakan Samantha sebagai satu tindakan tidak ingin ambil tahu dan tidak kisah akan isu perkauman dan penindasan yang sedang berlaku kini.


“Samantha ialah simbol kepada seseorang yang mempunyai hak istimewa yang tidak pernah keluar daripada buihnya sendiri,” tulis pengguna twitter, @TOPISDADDY


Pengguna, @yerin_xo berpendapat bahawa Samantha seolah-olah menyalahkan golongan yang ditindas sebagai masalah kepada berlakunya perkauman dan seolah-olah meminta untuk mereka menderita dalam diam tanpa dibantu.


“Samantha yang tergamak menyatakan anda memilih untuk menjadi ‘coloured person’ adalah tindakan yang menjijikkan,” tulis pengguna, @notoriousnajib.


Susulan itu, Persatuan Miss Universe Malaysia (MUMO) mengeluarkan kenyataan di laman Instagram mereka yang menyatakan mereka sama sekali menentang komen bekas Miss Universe Malaysia dan menyifatkan kenyataan Samantha itu sebagai tidak wajar, menyinggung perasaan dan tidak boleh diterima.


MUMO turut menyatakan bahawa kenyataan Samantha adalah pandangan peribadinya sendiri dan tidak mewakili persatuan tersebut.


“MUMO menyokong masyarakat yang bebas perkauman dan menentang sekerasnya segala bentuk perkauman dan prejudis di seluruh dunia,” tambah MUMO.

22 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page