Nadi Bangi
Bekas Penyanyi 1D Anjur Konsert Maya Dalam Veeps
Oleh: As Nurul ‘Ainaa Awanudin
Penyunting: Shirly Low Shi Li

Sumber: YouTube
LONDON, 14 Dis - Bekas ahli kumpulan boyband One Direction (1D), Louis Tomlinson, 28, melakukan persembahan konsert solonya buat pertama kali secara virtual yang bersiaran langsung di London, England, United Kingdom dalam aplikasi web Veeps.
Tomlinson yang sepatutnya membuat konsert penjelajahan dunia pada awal tahun ini telah dibatalkan akibat pandemik coronavirus 2019 (COVID-19).
Penyanyi kelahiran Doncaster, England itu mengumumkan dalam media sosial Twitter bahawa beliau bersama kru persembahan dan kumpulan bandnya akan membuat persembahan secara livestream pada 12 Disember 2020.
“So excited to announce that I'm getting my band and crew together to put on a special show for you all that will be live streamed on December 12. The show will support 5 important causes very close to my heart”.
Peminat beliau yang mengikuti perkembangannya dari One Direction berasa teruja dengan pengumuman yang dibuat oleh Tomlinson.
Louis Tomlinson merupakan ahli kumpulan One Direction yang kedua melakukan konsert virtual selepas Niall Horan.
Konsert virtual Louis Tomlinson bermula pada jam 8 malam waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia). Lagu pertama yang Tomlinson dendangkan adalah Just Hold On. Sepanjang konsert virtual itu diadakan, Antara lagu didendangkan dalam konsert virtual itu ialah We Made It, Two of Us, Kill My Mind dan Walls dari album pertamanya, Walls.
Tomlinson juga mendendangkan lagu One Direction iaitu Drag Me Down dan Little Black Dress. Peminat One Direction sudah tidak sabar untuk menunggu kemunculan semula mereka selepas kumpulan boyband tersebut mengumumkan hiatus pada tahun 2016.
Louis Tomlinson mengambil kesempatan untuk menyanyikan lagu terbarunya, Copy Of A Copy Of A Copy kepada peminatnya. Lagu tersebut merupakan salah satu lagu yang akan dimasukkan ke dalam album keduanya nanti.
Tomlinson mengakhiri persembahannya dengan mendendangkan lagu Kill My Mind. Lagu berbentuk rancak ini merupakan lagu kegemaran peminat dalam album Walls. Ketika Tomlinson mempersembahkan lagu tersebut, dapat melihatkan bahawa peminat dari seluruh dunia yang terpapar di skrin di belakangnya.
Sejurus selepas tamat persembahan konsert virtualnya itu, Louis Tomlinson merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada peminat, kru persembahan, dan kumpulan bandnya dalam media sosial Twitter kerana menjayakan konsertnya itu.
“Let me say a massive thank you to all the crew involved in making this possible! Incredible people”
“The biggest thanks to all of you. None of this is possible without your support. Another big win for us today. Love to you all x”
“Special thanks to all my personal team! We smashed it”