top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Bekerja Dari Rumah Punca Stress ?

Oleh : Raihan Rahim

Penyunting : Farah A’lia Manan

Sumber : Google

BANGI, 12 Dec – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di seluruh negara bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia dikatakan menjadi punca kepada berlakunya tekanan mental dalam kalangan pelajar dan pekerja.

Pelajar dan pekerja dikatakan mempunyai tekanan ataupun lebih mudah difahami sebagai ‘stress’ disebabkan mereka melakukan kerja dari rumah dan tidak dibenarkan berada di tempat kerja mahupun di universiti kecuali mempunyai surat yang dibenarkan atau sebab-sebab yang tertentu.

Stress merupakan reaksi badan apabila menerima tekanan daripada situasi ataupun disebabkan oleh peristiwa tertentu. Ia boleh menjadi tindak balas secara fizikal, mental, mahupun emosi kepada seseorang yang mempunyainya.

Terdapat masalah internet yang kurang memuaskan menyebabkan talian terputus-putus apabila berada di dalam kelas dan mesyuarat bagi yang bekerja. Selain itu, menerima kerja tambahan yang diberikan oleh majikan dan pensyarah juga menyebabkan mereka mengalami tekanan.

Nadi bangi sempat menemubual beberapa orang pelajar dari universiti awam dan swasta mengenai kelas yang dikemukan secara online.

Pelajar universiti swasta, Syikin Ramli, 22 memberikan pendapat mengenai kelas atas talian.

“Ketika kelas online dibuat, saya tak boleh fokus ketika kelas berlangsung kerana ibu akan meminta saya untuk membantunya masak, menjaga adik dan juga kalau kat rumah ni internet kurang laju sebabkan bila masuk kelas lineterputus-putus. Kalau kat hostel senang sikit nak fokus belajar sebab tiada gangguan,” ujarnya.

Pelajar universiti awam, Azizah Yusop, 23 menceritakan perbezaan ketika belajar di rumah dan di kampus.

“Ya Allah sangat berbeza apabila belajar di rumah dan di kampus. Kalau di kampus kita bersama kawan-kawan jadi nak buat apa pun bersama kawan. Pergi kelas atau makan study semua bersama-sama jadi senang la daripada berada di rumah. Sebab apabila di rumah susah untuk communicate dengan kawan walaupun ada platform whatsappatau google meet ke dia tak sama macam belajar dekat kampus.” katanya.

“Bila di kampus kalau kita nak discuss atau nak tanya lecturer atau kawan ke itu senang sebab boleh jumpa terus. Apabila di kampus ada kemudahan tempat belajar sendiri di bilik dan ada library jadi boleh la pergi library kalau nak study ke nak cari mood baru untuk study dan yang pasti, belajar di kampus is much easier daripada belajar di rumah,” katanya lagi.

Nadi Bangi turut mengajukan soalan kepada pekerja swasta dalam keadaan mereka ketika bekerja dari rumah semasa PKPB dijalankan.

Pekerja di syarikat swasta juga merupakan pelajar separuh masa di universiti awam, Fazril Shah, 25 berkata “Alhamdulillah saya boleh kembali ke pejabat secara bergilir-gilir sebab kebanyakan kerja saya perlu berada di office.Jadi bila ada di office saya boleh siapkan kerja saya mengikut dateline yang ditetapkan disebabkan saya pun masih belajar jadi kena pandai manage masa untuk kerja dan juga belajar,” katanya.

Pekerja di syarikat swasta, Nur Farahin, 27 berkata “Bila bekerja dari rumah ni susah sikit memandangkan saya ada anak kecil yang selalu nak berkepit sahaja, kerja yang banyak dari pejabat dan kerja rumah tak lupa juga line wifiyang kerap terputus membuatkan saya penat dan stress,” ujarnya.

Ada antara mereka yang ingin pulang ke universiti tersendiri bagi menggunakan kemudahan yang terdapat di kampus selain rindu untuk menghadiri kelas secara bersemuka. Bagi yang bekerja pula, ada yang ingin kembali ke tempat kerja kerana kemudahan yang ada di pejabat memudahkan mereka untuk membuat kerja dengan lebih teratur.

382 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page