top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Bekerja sambil belajar bukan penghalang untuk mendapat keputusan cemerlang

Penulis: Alif Afnan

Penyunting: Nurhasya Azrini



Situasi Ahmad Idham sedang bekerja. Sumber Foto: Ahmad Idham


Bangi, 27 April - Bekerja sambilan bukan lagi perkara yang asing terutama dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia di mana kos sara hidup yang semakin meningkat bagi segelintir pelajar untuk membiayai yuran pengajian serta perbelanjaan sara diri.

Ahmad Idham Ahmad Hamzah, 21, salah seorang pelajar sepenuh masa dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan merupakan penerima anugerah dekan yang mengisi masa lapangnya dengan bekerja sambilan untuk memperoleh pendapatan sampingan.


“Saya sendiri memilih untuk bekerja kerana saya ingin mengumpul duit untuk memperoleh pendapatan sampingan untuk diri saya dan duit simpanan untuk masa hadapan saya”, katanya.


“Saya tidak memiliki bisnes sendiri walau bagaimanapun saya mencari duit sampingan dengan mempunyai 3 kerja sambilan iaitu Rotiwap, Disampingku dan jurugambar”, tambahnya.


Lebih mesra disapa Idham, katanya, ramai kawan dan orang sekeliling mempersoalkan bagaimana dia membahagi masa sedangkan melakukan tiga ‘kerja’ dalam sehari.


Pengurusan masa sangat penting bagi semua pelajar untuk mendapatkan prestasi yang cemerlang dalam akademik tetapi ada pelajar yang mengutamakan kerja sehingga sanggup mengabaikan waktu kuliah dan peperiksaan.


“Pada mulanya, saya takut jika pembelajaran akan tergendala akibat bekerja sambilan tetapi saya sudah menyusun jadual waktu saya dan lama kelamaan ia menjadi perkara yang biasa buat saya serta mendapat keputusan yang baik.


“Saya juga sering mengingatkan diri saya supaya tidak akan mengabaikan tentang pelajaran kerana saya sendiri yang memilih untuk bekerja sambil belajar jadi saya akan memastikan untuk konsisten dalam pelajaran mahupun dalam pekerjaan saya”, tambahan Idham.


Berkongsi pengalaman itu, Idham tidak mengetepikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar untuk sentiasa mendapat keputusan yang terbaik dan mengharapkan orang sekelilingnya untuk memberi sokongan moral kepadanya.


Anak kelima daripada enam adik beradik itu turut mendedikasikan kejayaannya itu kepada keluarganya, tenaga pengajar serta rakan perjuangan di universiti yang banyak membantu dan memberi sokongan.




40 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page