Nadi Bangi
Bella Astillah dan Aliff Aziz Rujuk Semula
Oleh: Yazlin Farina Yahaya
Penyunting: Amy Ting

Sumber: Instagram @bellaastillah
KUALA LUMPUR, 2 Mei - Bella Astillah dan Aliff Aziz sekali lagi menghebohkan industri hiburan setelah Bella memuatnaik satu gambar yang menunjukkan Bella merangkul tangan lelaki yang dipercayai bekas suaminya, Aliff Aziz.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, memuatnaik gambar tersebut di Instastory miliknya sehingga menimbulkan buah mulut dalam kalangan netizen.
Bella menjelaskan bahawa semua spekulasi yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak mula memberi respons kepada komen-komen yang dibuat oleh peminat di laman Instagramnya dan menjawab persoalan mengenai status hubungan bersama bekas suaminya.
Bella mengaku bahawa dia dan bekas suaminya merupakan seorang penyanyi dan pelakon Mohammad Aliff Aziz, 29 telah rujuk semula semasa masih di dalam tempoh iddah dan kini sedang mengandung cahaya mata kedua.
Setelah mendengar berita tersebut, netizen mula mendoakan Bella dan Aliff supaya bahagia serta tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama yang pernah dilakukan sehingga meruntuhkn rumah tangga mereka.
Menurut salah seorang peminat Bella Astillah (Farhana Aqilah, 18 tahun) berpendapat bahawa dia amat gembira apabila mendengar berita tersebut lebih-lebih lagi setelah mendapat khabar bahawa Bella sedang mengandung anaknya yang kedua.
Farhana berkata, “Walaupun ramai yang berpendapat bahawa Bella mungkin hanya akan melakukan kesilapan yang besar, tetapi saya cukup gembira setelah mendapat tahu Bella dan Aliff telah rujuk sejak di dalam tempoh iddah dan Ayden pula akan dapat adik lagi.”