• Nadi Bangi

Bella Hadid Hilang Hampir 2 Juta Pengikut Di Instagram

Oleh: Izzati Azzali

Penyunting: Aina Safuan


Sumber: Twitter


NEW YORK, 18 Mei - Selebriti Amerika berketurunan Palestin, Bella Hadid hilang hampir 2 juta pengikut di Instagram gara-gara menunjukkan solidaritinya yang tegas terhadap isu keganasan Israel di Palestin yang berlaku semenjak beberapa minggu lalu.


Menurut platform model Instagram fesyen tersebut, pengikut beliau dilihat menurun daripada angka 44.1 juta kepada 42.4 juta pengikut. Beliau turut meluahkan rasa kecewa dan mengutuk tindakan sesetengah pihak terutamanya selebriti yang tidak membuka mulut atau menyebelahi Palestin terhadap isu kekejaman yang dilakukan oleh Rejim zionis atas alasan tidak mahu kehilangan pengikut di sosial media.


“Seseorang tidak boleh memperjuangkan hak kesetaraan antara kaum, LGBT dan hak wanita, mengecam rejim yang korup dan kasar serta ketidakadilan yang lain namun memilih untuk mengabaikan penindasan Palestin. Anda tidak boleh memilih hak asasi manusia mana yang lebih penting.” kata beliau dalam post yang dimuatnaik itu.


Menurut platform model Instagram berusia 24 tahun itu, beliau juga turut menyertai perarakan Pro-Palestin yang memperjuangkan kebebasan Palestin dua hari lepas di New York dengan mengenakan pakaian tradisional dan keffiyeh.


“Saya dapat merasakan bahawa wujudnya kecantikan, kepintaran, kehormatan, kasih sayang, baik hati dan murah hati apabila dikelilingi oleh sebilangan besar rakyat Palestin di satu tempat. Kami adalah keturunan yang luar biasa! Bebas Palestin sehingga Palestin dibebaskan!”, kenyataan beliau dalam post tersebut pada Sabtu lalu.


Namun, ketegasan yang ditunjukkan beliau dengan memuat naik post yang memperjuangkan nasib penduduk Palestin telah dipandang serong dan dianggap sebagai anti-sematik. Hal inidibuktikan melalui komen-komen pejuang Pro-Israel yang melemparkan tomahan terhadap Bella Hadid dan kakaknya, Gigi Hadid yang turut menyokong kebebasan Palestin di media sosial.


“Saya mengutuk anti-semitisme. Saya tidak kata mahu membunuh anda dan saya juga tidak menginginkannya. Saya tidak berharap ada kematian ke atas orang Israel, sama seperti yang saya rasakan mengenai rakyat Palestin. Apa yang saya mahukan adalah hak kesamarataan untuk rakyat Palestin,” balas Gigi Hadid terhadap komen Pro-Israel yang berang dengan post beliau di instagram.


Walaubagaimanapun, Bella Hadid bersama keluarganya serta beberapa rakan selebriti yang lain terus menyokong dan membela kebebasan Palestin tanpa henti di media sosial walaupun beliau terus berhadapan dengan kecaman daripada penyokong Israel yang bertalu-talu.


Beliau juga dikatakan langsung tidak hairanjika kehilangan pengikut di media sosial mahupun menerima sebarang kritikan dan ancaman daripada pihak tertentu terhadap perjuangannya. Malah, beliau lebih berani mempamerkan solidaritinya terhadap isu kekejaman oleh Rejim Zionis di Palestin akan kerana kepercayaan beliau mengenai isu hak kemanusiaan.

147 views0 comments

Related Posts

See All