top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Bendera Putih Itu Bukan Mengalah

Oleh: Low Jie Jane

Penyunting: Sharon Tang


Sumber: kosmo.com.my


BANGI, 27 JUN - Kempen Bendera Putih yang menjadi satu inisiatif oleh rakyat untuk membantu sesama masyarakat yang memerlukan bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini telah dijadikan satu kontroversi di antara rakyat. Kempen tersebut yang menjadi inisiatif bagi masyarakat untuk membantu sesama rakyat telah dijadikan sebagai satu kontroversi kerana mengibar bendera putih juga membawa maksud mengaku kalah dalam peperangan.


Perintah Kawalan Pergerakan Penuh yang diteruskan bagi membendung peningkatan kes COVID-19 telah memberikan impak yang negatif terhadap kehidupan sesetengah rakyat terutamanya dari aspek kewangan. Lantaran daripada itu, rakyat Malaysia telah menjalankan satu kempen yang diharapkan dapat membantu individu, keluarga dan masyarakat yang tertekan dari segi kewangan dan kekurangan keperluan asas seperti makanan kering dan mandian.


Berdasarkan poster yang dikongsikan oleh warga net rakyat Malaysia di media sosial, pelaksanaan kempen ini adalah hanya dengan mengibarkan bendera putih di halaman rumah sekiranya memerlukan bantuan bagi membenarkan individu yang berkemampuan untuk membantu di kawasan kejiranan mereka tahu bahawa mereka kekurangan keperluan asas. Kempen #BenderaPutih telah ditularkan dalam sosial media Twitter dan disebarkan oleh orang ramai supaya kempen tersebut disampai kepada golongan sasaran.


Selain diharapkan dapat memberikan bantuan dari segi kewangan, kempen ini juga dijalankan bagi membantu individu yang berasa tertekan dengan hidup dan berpotensi mengalami kemurungan atau sedang mengalami kemurungan bahawa mereka tidak keseorangan dan masyarakat sekeliling terbuka hati untuk memberikan pertolongan. Hal ini disebabkan oleh peningkatan kes bunuh diri bagi tiga bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 366 kes yang telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

#BenderaPutih doesn’t mean you are accepting defeat or failing miserably. You’re just ‘calling for backup’. We are here for you.” oleh Jisnukvitran Vejayaindren di Twitter dan “This pandemic affected so much, People lost jobs, doesn’t have money to survive and burgen to some parents who had lots of kids. Please raise white flag and let others know that you need help. No Need to feel shame because we need to survive.” oleh pengguna Twitter @MsLoki1409 juga memberi pandangan mereka melalui Twitter bahawa mengibarkan bendera putih itu bukan mengalah kepada sesiapa tetapi memberi impak bahawa adanya rakyat yang memerlukan bantuan.


Terdapat juga ada golongan yang berpendapat beza dengan golongan masyarakat yang menyokong kempen bendera putih. Pesuruhjaya PAS Pahang berpendapat bahawa menaikkan bendera putih di halaman rumah serupa dengan mengibarkan kekalahan. “Jangan angkat bendera putih, macam orang kalah perang, kita masih ada kekuatan, kibarkan panji Islam dengan kibr=arkan syiarnya Islam sebagai agama yang saling membantu,” kata beliau.


Walaupun terdapat dua pihak yang berpendapat lain terhadap kempen bendera putih, tidak boleh dinafikan bahawa inisiatif tersebut adalah demi rakyat dan kebanyakan masyarakat juga menyokong kempen tersebut dan saling membantu.

26 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page