top of page
  • Writer's pictureMuhamad Nazeem

Bergson Mengganas Ledak Hatrik di ACL

Penulis: Muhamad Nazeem Bin Mohd Nazri

Penyunting: Muhammad Syakir bin Ahmad Sazali

Sumber: espn.com


JOHOR BAHRU, 15 APRIL - Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva berjaya menjadi pemain pertama meledak hatrik untuk pasukan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi membantu skuad Harimau Selatan membenam Guangzhou FC 5-0 pada aksi pertama Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat lalu.


ACL yang telah disertai oleh pasukan JDT selama 4 musim ini adalah merupakan kejohanan yang paling berprestij di benua asia yang melibatkan pasukan juara dari setiap liga di asia seperti liga China, Korea dan Jepun.


Menurut penyerang kelahiran Brazil itu, kerjasama yang diberikan oleh rakan sepasukannya membantu dirinya meledak jaringan hatrik dan seterusnya memberi tiga mata berharga buat pasukan tersebut.


“Pada aksi pertama di laman sendiri, misi untuk membantu JDT meraih kemenangan pertama telah berjaya dan saya amat berpuas hati. Apa yang lebih penting adalah kerjasama berpasukan yang membolehkan saya menjaringkan hatrik pada perlawanan ini,” ujarnya.


Penyerang itu sebelum ini telah dikritik hebat oleh peminat bola sepak tempatan apabila gagal menjaringkan sebarang gol bagi membantu JDT dalam kempen ACL musim lalu di Thailand.


“Bagi saya, menamatkan kemarau jaringan gol di ACL bukan satu sasaran tetapi membantu pasukan meraih kemenangan adalah tanggungjawab utama saya.


“Kami mengambil pengajaran untuk saingan ACL musim lalu apabila kami beraksi dengan baik tetapi gagal menjaringkan gol. Jadi, musim baharu ini dengan kemasukan beberapa pemain baharu, kami dapat beraksi dengan lebih cemerlang dan mencipta kemenangan,” katanya.


Bergson turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan setelah meledak hatrik dan membantu pasukannya berada di posisi teratas Kumpulan I apabila perlawanan antara Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai berkesudahan seri 1-1.

19 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page