top of page
  • Writer's pictureChin Ee May

Berinteraksi Dengan Haiwan Tanpa Halangan Di Farm In The City

Penulis: Chin Ee May

Penyunting: Chai Matthew

Sumber: Farm In The City


Farm In The City merupakan sebuah zoo yang terletak di Seri Kembangan dan ditubuhkan pada tahun 2012. Zoo tersebut berbentuk taman pemuliharaan yang menggabungkan elemen-elemen hidupan liar dan persekitaran semula jadi. Berbeza dengan zoo lain yang mana pengunjung hanya dapat memerhatikan haiwan dari jarak yang jauh, Farm In The City memberikan latihan interaksi kepada haiwan-haiwan yang berada di dalamnya supaya mereka tidak menentang manusia dan dapat berinteraksi dengan manusia secara selesa. Matlamat Farm In The City adalah untuk menggalakkan manusia berinteraksi dengan haiwan dan berkongsipengetahuan tentang haiwan kepada orang awam. Oleh itu, pengunjung berpeluang berinteraksi dengan haiwan-haiwan di Farm In The City secara dekat. Di dalam Farm In The City, terdapat haiwan-haiwan yang luar biasa termasuk Landak Afrika, Rakun, dan Makaw biru dan emas.


Landak Afrika (African Crested Porcupine) adalah sejenis spesies rodent yang berasal dari Afrika. Landak Afrika mempunyai saiz yang paling besar di dalam spesies rodent iaitu antara 60 hingga 90cm. Jangka hayat kehidupan haiwan ini adalah sepanjang 10 hingga 15 tahun. Hampir keseluruhan badan belakang ditutup dengan bulu keras (bristles) yang berwarna coklat tua atau hitam. Badan Landak Afrika akan berbentuk bola serta bulunya akan mengeluarkan bunyi ‘sis sis’ melalui gegar bulu dan mendirikan semua bulu apabila merasa terancam. Habitat mereka ialah kawasan rumput dan tempat berdekatan dengan sumber makanan. Landak Afrika merupakan haiwan yang hidup berkelompok. Oleh itu, muncul sistem hierarki antara Landak Afrika. Setiap kelompok Landak Afrika mempunyai seekor memimpin yang dapat layanan khas seperti giliran yang pertama menikmati makanan. Antara makanan Landak Afrika adalah ulat, sayur-sayuran dan akar pokok. Sebagai sejenis haiwan mamalia, Landak Afrika akan melahirkan anak dua kali setahun. Landak Afrika akan memelihara anaknya sehingga mampu berdikari. Landak Afrika memerlukan ruang interaksi dengan manusia yang tidak lebih dari satu meter. Hal ini kerana interaksi yang sangat dekat dengan manusia akan memberi tekanan kepada mereka. Pengunjung dibenarkan memerhati tabiat kehidupan Landak Afrika jarak melalui satu tingkap kaca di Farm In the City.


Rakun (Raccoon) adalah sejenis mamalia yang berasal dari Amerika Utara. Jangka hayat kehidupan haiwan ini adalah sekitar 10 tahun. Rakun mempunyai saiz antara 40 hingga 65cm. Keseluruhan badan mereka ditutup dengan bulu yang berwarna kelabu dan bulu di sekeliling mata mereka adalah berwarna hitam. Bulu rakun adalah tebal supaya dapat tahan iklim sejuk di Amerika Utara manakala bulu rakun di Malaysia adalah lebih nipis kerana Malaysia berada dalam keadaan cuaca panas sepanjang tahun. Haiwan ini dipanggil sebagai pencuri makanan di Amerika Utara kerana,haiwan ini sering menceroboh rumah orang awam dan mencuri makanan. Tindakan ini telah menjadi isu yang serius di Amerika Utara sehingga menyebabkan banyak rakun ditembak oleh orang awam. Dalam zoo, rakun akan membentuk kelompok-kelompok yang kecil. Kelompok tersebut hanya membenarkan maximum dua rakun jantan. Hal ini demikian kerana jantan rakun akan mengalami tempoh estrus. Dalam tempoh tersebut, rakun jantan akan bersaing sesama sendiri untuk rakun betina. Bahagian rakun yang paling sensitif adalah cakar. Oleh itu, rakun akan mencuci tangan sebelum makan atau menyentuh objek untuk meningkatkan kepekaan cakar. Dalam Farm In The City, pengunjung dibenarkan berinteraksi rapat dengan rakun seperti menyentuh dan memberi makanan kepada mereka.


Makaw biru dan emas(Blue and Gold Macaw)ialah sejenis spesies burung parrot Neotropika yang berasal dari Amazon dan Brazil. Hayat kehidupan mereka adalah antara 70 hingga 80 tahun. Muka makaw biru dan emas berwarna putih serupa mekap muka opera peking, sayap dan ekornya berwarna biru dan paruhnya berwarna emas. Haiwan ini merupakan haiwan yang hidup berkelompok dan selalunya berkumpul dalam kumpulan kecil. Haiwan ini sangat bijak. Mereka mengeluarkan jeritan yang kuat untuk berkomunikasi dalam kumpulan dan menandakan kawasan mereka. Haiwan ini tidak boleh bersendirian untuk tempoh, masa yang lama kerana mereka akan berasa tertekan dan kehilangan akal seterusnya bertindak mencederakan diri seperti mencabut bulu sendiri. Makaw biru dan emas juga dipanggil sebagai peniru. Mereka berbakat meniru beberapa sebutan suara manusia dan meniru tindakan manusia seperti postur melemparkan bola. Farm In The City mengadakan persembahan Makaw biru dan emas. Dalam persembahan tersebut, pengunjung dapat menonton keupayaan haiwan ini dalam mencari barang dan mematuhi arahan pembela.


Farm In The City telah mengumpul dan menternak pelbagai haiwan serta dibuka kepada orang awam untuk menonton haiwan dan sebagai tempat untuk mempromosikan pendidikan pemuliharaan haiwan. Ibu bapa adalah digalakkan untuk membawa anak-anak ke zoo untuk mengenali haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang mereka biasa lihat di dalam buku Dengan itu, anak-anak dapat berinteraksi, memerhati dan mempelajari secara lebih lanjut tentang haiwan. Farm In The City merupakan salah satu pilihan yang baik kerana memberi peluang kepada orang awam untuk berinteraksi secara dekat dengan haiwan.


28 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page