top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Berkeluarga Bukan Penghalang Kejayaan

Updated: Apr 18, 2022

Penulis: Nur Syuhada Abdul Jalil

Penyunting: Natrah Laili Abdul Aziz

Sumber: Facebook


BANGI, 28 Nov - Berkeluarga bukan penghalang untuk meneruskan pengajian Ijazah Sarjana dan mencapai kejayaan, sebaliknya menjadikan ia sebagai satu semangat dan dorongan dalam meneruskan pengajian serta menimba ilmu pengetahuan.


Dr. Luqman Rosla, 35, merupakan graduan dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga berkhidmat sebagai doktor pakar Otorhinolaryngology Head and Neck Surgery (ORLHNS) atau dalam bahasa mudah ear, nose and throat (ENT) telah membuktikan bahawa mempunyai status berkeluarga bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.


“Sebelum mula memutuskan untuk sambung pengajian master, saya dan isteri memang sudah rancang. Alhamdulillah sokongan keluarga sangat kuat. Mereka adalah tulang belakang saya.” katanya.


Apabila ditanya mengenai kesukaran dalam menyambung pengajian, beliau menyatakan pengajian master ini amat berbeza dengan undergrad kerana kebanyakannya telah berkeluarga termasuk beliau sendiri. Tambahnya lagi, kerja clinical, study, oncall, keluarga, semua perlu seimbang.


Beliau turut menyatakan bahawa kesukaran dialami semasa tahun akhir kerana ia merupakan tahun paling sibuk dalam surgical trainees disebabkan exit exam, present thesis, serta menjadi registrar clinical.


“Ada satu masa anak anak bergilir masuk hospital hampir satu bulan. Wife sedang gazette specialist dan perkahwinan jarak jauh (PJJ). Jadi masa anak masuk ward, siang terpaksa minta tolong kakak atau mak jaga. Malam saya jaga. Sambil sediakan pembentangan. Alhamdulillah dapat pensyarah dan rakan rakan yang saling memahami. Saling tolong menolong cover kerja.” Katanya lagi.


Beliau turut menyatakan bahawa masa untuk pengajian dan bekerja haruslah dirancang dengan baik agar ia tidak bertindih dengan oncall. Ini kerana masa untuk menyiapkan tugasan pengajian master adalah berbeza Kalau sampai rumah pukul 8 malam, pukul 9.30 malam sudah bawa anak masuk tidur, dan saya akan tidur sekali. Set jam pukul 4 pagi dan 4 pagi sehingga 6 pagi adalah masa untuk menyiapkan tugasan apa yang boleh. 6.30 pagi bergerak ke tempat kerja. Macam itulah rutin kalau nak siapkan kerja.


“Saya berharap, pencapaian tidak terhenti disini. Sudah tiba masa untuk memberi semula ilmu kepada adik adik junior. Dan jika diberi peluang saya akan sambung ke sub kepakaran. Kerana ilmu itu luas. Perjalanan saya sepanjang master program di UKM mengajar saya untuk lebih merendah diri, kerana semakin dicari ilmu itu, semakin kita tahu bahawa betapa luasnya pengetahuan Allah, dan betapa kerdilnya kita di bumi ini.” Katanya.


Beliau juga turut berharap dapat memberi inspirasi kepada yang lain. Nasihat beliau kepada para pelajar tidak kira apa jua bidang, perkara yang paling penting dalam hidup adalah keberkatan. Pastikan halal. Hormati ibu bapa dan guru guru kerana berkat dan doa mereka akan memudahkan urusan harian dan juga peperiksaan nanti. Tidak lupa juga untuk menjaga hubungan sesama manusia terutamanya rakan rakan dan juga para pesakit bagi yang bertugas di sektor kesihatan.


58 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page