top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Bigetron RA Juara PMCO 2019 Bawa Pulang RM751 Ribu

Updated: Dec 14, 2019

Oleh: Nur Sahira Omar

Penyunting: Muhammad Haziq Fikri


Sumber: PMCO Fall Split Global Finals 2019- Media Resources

KUALA LUMPUR, 8 DIS - Bigetron RA dari Indonesia telah dinobatkan sebagai johan dan membawa pulang hadiah US$ 180,000  anggaran RM751 ribu dalam PMCO 2019 Fall Split Global Finals yang diadakan di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur yang berlangsung selama tiga hari iaitu dari 29 November hingga 1 Disember dan Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada 16 pasukan PUBG Mobile profesional. 


Secara keseluruhannya, Bigetron telah memenangi 5 Chicken Dinner dan mendahului carta dengan 303 mata dalam 16 perlawanan yang berlangsung selama tiga hari tersebut manakala diikuti dengan tempat kedua iaitu Top Esports yang menang 3 Chicken Dinner (197 mata) dan tempat ketiga pula ialah Mega Esports dengan mendapat 2 Chicken Dinner (191 mata).


Bigetron RA yang diwakili oleh pemain muda iaitu Luxxy, Zuxxy, MiCROBOY dan Ryzen adalah merupakan pemain muda yang sangat tangkas dan cekap kerana mereka telah menunjukkan prestasi yang baik seawal hari pertama lagi dan meneruskan permainan dengan konsisten pada hari kedua dan terus maju pada hari terakhir sehingga dinobatkan juara.


“Cara permaianan kami akan lebih konsisten dan kami juga akan memperbaiki cara berkomunikasi untuk perlawanan akan datang kerana itu adalah menjadi kunci kepada kami bagi mempertahankan kejuaraan kami,” ujar Bigetron RA.


Mereka juga berkata, “Boyka akan terus menjadi jurulatih kami sehingga mereka kekal menjadi juara dan kami yakin kami akan kekal menjadi juara untuk PMCO tahun hadapan juga”.


Kejohanan ini menampilkan kebolehan dan strategi yang belum pernah dilihat dalam mana-mana kejohanan PUBG Mobile dengan persembahan yang mantap dengan kemahiran dan pengalaman yang ada pada para pemain.


Menurut Zaliff Ismail, 25, penonton perlawanan tersebut berkata, “Bigetron RA telah menunjukkan strategi permaianan mereka yang sangat baik dan ketangkasan mereka bermain sememangnya layak menjadi juara di PMCO 2019 Fall Split Global Finals ini”.


Tidak ketinggalan juga, pasukan Malaysia iaitu Yoodo Gank menduduki tempat ke-11 dengan 105 mata dan mereka juga telah memberi persembahan yang mantap  menunjukkan semangat dan kemampuan yang hebat pada awal kejohanan tetapi kemenangan tidak berpihak kepada mereka.


“Saya sangat berpuas hati menonton perlawanan ini walaupun saya datang untuk menyokong pasukan Malaysia namun Malaysia tidak menang tetapi saya tetap berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia dan berharap mereka akan terus berjaya pada masa akan datang”, kata Muhammad Hakim, 23, salah seorang penyokong Malaysia.


PMCO 2019 Fall Split Global Finals telah melabuhkan tirai pada tahun ini dengan jayanya dan sudah semestinya akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan perlawanan yang lebih hangat lagi.

17 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page