Nadi Bangi
Bio Essence Campus Tour UKM Bangi
Penulis: Alwanis Jailani
Penyunting: Iffah Fitri

Sumber Foto: Booth Bio Essence Campus Tour
BANGI, 11 MEI: Produk penjagaan kulit yang terkenal Bio Essence di bawah naungan Watson Malaysia mengadakan campus tour di beberapa kampus termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula pada 9 Mei sehingga 11 Mei yang bertempat di Pusanika aras 2 UKM Bangi.
Tujuan Campus Tour ini diadakan adalah untuk membolehkan penggemar utama jenama tersebut untuk mencuba sendiri produk keluaran Bio Essence serta mendapatkan konsultan secara terperinci mengenai produk-produk yang disediakan oleh pihak penganjur.
Para pengunjung berpeluang untuk mengajukan soalan-soalan dan permasalahan yang berkaitan dengan penjagaan kulit supaya mereka dapat membuat pemilihan produk yang bersesuaian dengan kulit mereka.
Selain itu, Bio Essence turut menawarkan potongan harga istimewa kepada pengunjung booth mereka, yang di mana harga tersebut berpatutan kepada para pelajar.
“Kami mendapat sambutan yang baik dari pelajar-pelajar UKM terutamanya pelajar wanita, dan rata-rata yang mengunjungi booth kami memang akan membeli salah satu produk keluaran baru kami”.
“Selain menawarkan harga istimewa, kami juga menyediakan hadiah percuma bagi pelajar yang membeli salah satu produk kami melalui permainan vending machine,” kata pihak penganjur Bio Essence Campus Tour, Siti Shafidah Mohamad.
Menurut beliau lagi, Bio Essence juga turut menyediakan peluang kepada 5 pemenang bertuah yang memuat naik video yang memaparkan hadiah percuma yang dimenangi ketika sesi permainan di mana-mana sosial media terutamanya Tik Tok dan Instagram.