Oleh: Amiera Hanis Hussin
Penyunting: Siti Masyitah Shabri
BANGI, 23 Nov – Biskutea keluaran terbaharu syarikat Tealive yang baru sahaja dilancarkan 9 November lalu telah mencuri tumpuan ramai orang terutamanya pengguna Twitter apabila rata-rata dari mereka berkongsi minuman tersebut di media sosial.
Selepas tular mengenai kecaman yang dibuat netizen berkenaan menu Tealive x Spicy Mee Boba, kini Tealive bangkit dengan satu lagi menu baharu yang pastinya tidak menghampakan. Baru sahaja dilancarkan kurang dari dua minggu minuman ini sudah mendapat sambutan yang hangat sehingga ada beberapa cawangan sudah pun kehabisan stok.
Wartawan Nadi Bangi sempat mencuba minuman yang menjadi bualan hangat netizen di laman twitter itu. gabungan biskut dan susu itu merupakan satu kombinasi yang menarik dan ternyata bukan rupa sahaja yang dilihat menarik tetapi rasanya juga enak.
Mengikut pemantauan yang dibuat oleh Nadi Bangi, salah seorang pengguna Twitter @_firamustafa, telah memuat naik sebuah tweet yang menyatakan keinginan beliau untuk mendapatkan menu baharu tersebut tetapi malangnya kebanyakan cawangan yang dikunjunginya sudah kehabisan stok.
“Anyone knows any tealive outlet yang still ada biskutea caramel in stock? Prefebly Shah Alam area and any nearby area. I’ve been crave for it for weeks. Help a friend out here. Thank you.”
“ bro I want biskutea caramel but it sold out” @nrnania
“ been wanting to try out the biskutea caramel tealive drink sampai mimpi semalam but today bila pergi its out of stock” @chaoticbusyes”
Keenakan dan kelazatan kandungan Oreo dan Biscoff yang terdapat di dalam minuman itu sendiri telah menarik minat ramai orang untuk mencubanya. Biskut Oreo sememangnya popular digunakan sebagai perisa minuman serta pencuci mulut. Namun sejak kebelakangan ini biskut Biscoff juga semakin menjadi pilihan ramai dalam menghasilkan manisan yang enak kerana rasa biskutnya yang unik dan kena dengan citarasa rakyat Malaysia.
Jadi tidak hairanlah syarikat Tealive memutuskan untuk mengeluarkan minuman berasaskan dua biskut sedap itu di dalam menu Biskutea mereka sehingga menjadi kegilaan ramai. Walaupun dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merasmikan minuman Tealive itu dan membawa ke Twitter untuk membuat ulasan komen.
“Sedap siot tealive yang biskutea caramel tu, berbaloi ye I cheat day hahahaha,” @seteyy
“Ok terbukti biskutea caramel tealive ni sedap seperti yang diviralkan netizen,” @mreiippp
Rata-rata netizen di twitter memberikan komen yang positif berkenaan gabungan minuman biskut dan susu itu dan mengaku keenakkannya sehingga Tealive trending di Twitter kerana ramai yang tidak sabar untuk mencubanya walaupun ada segelintir yang masih belum berkesempatan.
Comentarios