top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Blok Pengasingan Diri Kolej Rahim Kajai Diganggu Serangan Lebah

Oleh: Ercy Gracella A

Penyunting: Farhan Nasir

Sumber: Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)


BANGI, 16 Mei - Pelajar perempuan di dua blok pengasingan diri bagi kemasukan Fasa 3 Kolej Rahim Kajai (KRK) mendakwa diserang lebah setelah proses pembakaran sarang lebah dilakukan di kawasan pintu masuk aras 1 blok.


Moganapriya Loganathan, 22 iaitu merupakan salah seorang Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) kolej tersebut berkata, salah seorang pelajar isolasi yang juga merupakan salah seorang MEP telah menghantar gambar sarang lebah tersebut menerusi kumpulan Whatsapp MEP kolej lalu tindakan tersebut telah dibawa ke pentadbiran dan tindakan selanjutnya dilakukan dalam masa 2 jam selepas aduan diterima.


Ketua Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Rahim Kajai, Amirul Haqiem, 22 berkata, pada pukul 7:10 petang, staf, felo dan pasukan keselamatan masuk ke blok K17H untuk proses penghapusan sarang lebah yang telah dilaporkan. Sebelum itu, beliau telah meminta agar semua pelajar yang menginap di beberapa blok sekitar kawasan yang dinyatakan untuk berada di bilik masing-masing serta menutup semua tingkap, pintu bilik termasuk lampu.


Setelah proses penghapusan sarang lebah tersebut tamat sekitar pukul 8:10 petang, didapati bahawa ada sebahagian lebah yang memasuki 2 blok pengasingan pelajar perempuan iaitu blok K17G dan K17H. Aduan telah dilakukan oleh beberapa pelajar menerusi kumpulan Whatsapp. Setelah aduan diterima oleh pihak staf kolej, Amirul berkata tindakan susulan dilakukan selepas solat isyak bagi menghapuskan sebahagian lebah yang memasuki 2 blok pelajar perempuan tersebut.


Menurut Nur Hazwani Syairah, 24 iaitu salah seorang pelajar yang tinggal di salah satu bilik blok H berkata ‘lepas saya diarahkan untuk pindah bilik disebabkan lebah tersebut berada di laluan bilik saya, saya rasa panik sikit lagipun agak letih sebenarnya untuk berpindah bilik kerana saya baru je sampai.’ Katanya lagi, ‘saya tak kena sengat lebah tapi saya nampak memang banyak lebah mati atas lantai.’


Namun disebabkan beliau perlu kuarantin diri, Hazwani merasakan tidak ada masalah pada awalnya. Sewaktu pihak pengurusan menelefon untuk tukar bilik, Hazwani berkata beliau akur kepada arahan tukar bilik untuk keselamatannya juga. Beliau berharap agar pihak pengurusan memantau keadaan blok terlebih dahulu sebelum pelajar diarahkan masuk ke blok tersebut.


Namun begitu, satu pujian diberikan kepada pihak pengurusan kerana tindakan pantas dilakukan untuk menghapuskan serta menyembur racun serangga bagi menyelamatkan ramai pelajar lain sama ada di blok H atau blok lain, ujar Hazwani.


Anis Afifah Binti Abdul Aziz, 21 iaitu pelajar jurusan Sains Aktuari telah membuat aduan kepada pihak staf berkenaan lebah yang masuk ke blok G. Beliau berkata ‘saya dapat tau dari kawan dan masa tu dekat bahagian tangga dekat dengan pintu masuk’. ‘Saya perasan ada lebah masa saya pergi tandas, dan banyak lebah terutamanya dekat lampu’ tambah beliau. Diharapkan pihak kolej dapat kekalkan tindakan pantas seperti dalam kes ini jika perkara yang sama berulang lagi pada masa hadapan.


Proses menghapuskan lebah yang memasuki dua blok selesai pada jam 9:40 malam.

483 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page